Lukas Graham Tukar Karier Dari Penyanyi Ke ‘Foodie’ Ketika Datang Ke Malaysia

Siapa yang tidak kenal dengan lagu hit seluruh dunia band Lukas Graham, ‘7 years’ dan ‘Love Someone’? Baru-baru ini band tersebut datang ke Kuala Lumpur untuk sesi promosi album baharu mereka.

Berkunjung buat pertama kali ke Malaysia, vokalis Lukas, Lukas Forchhammer mengakui sangat tertarik dengan keunikan pelbagai makanan tempatan. Setibanya ahli kumpulan itu di Malaysia, mereka dibawa menikmati pelbagai jenis makanan tempatan termasuk masakan Melayu, Cina dan India.

lukas graham foodie Malaysia
Sumber: Malay Mail

Antara juadah yang sempat dijamahnya ialah enam jenis sambal, sate, mi, tofu, kepak ayam Wong Ah Wah, dim sum, vadai dan dhal serta roti tisu dan thosai. Malah, antara semua makanan tempatan yang dijamah, vokalis itu sangat menyukai buah durian dan gayanya seolah-olah sudah biasa makan durian.

https://www.instagram.com/p/Bsuz5oujEM-/?utm_source=ig_web_copy_link

Amboi, ‘layan’ betul makan durian!

“Saya secara peribadi sangat tertarik dengan buah-buahan eksotik yang terdapat di sini. Saya boleh ‘layan’ durian namun paling suka manggis,”

https://www.instagram.com/p/BswXfEcjwZ_/?utm_source=ig_web_copy_link

“Dalam kunjungan singkat ini kami hanya sempat menikmati keseronokan di Kuala Lumpur dan harap dapat menjelah seluruh Malaysia pada masa depan,”

Katanya, Malaysia merupakan sebuah negara yang indah dan kaya dengan pelbagai budaya dan makanan. Salah satu perkara yang menonjol mengenai makanan di sini sukar untuk mengelaskan makanan mengikut budaya kerana kebanyakan makanan di sini juga dimakan dan dimasak oleh kaum lain.

Band itu bertandang ke ibu kota bagi mempromosikan album terbaru mereka berjudul 3 (The Purple Album). Pada 2017, Lukas Graham pernah mendapat tiga pencalonan di Anugerah Grammy.

Walaupun sudah menjelajah ke destinasi seterusnya iaitu Thailand dan kini berada di Korea Selatan, masih tetap teringat dengan juadah Malaysia iaitu nasi lemak dan durian.

https://www.instagram.com/p/Bs7mg6BjoEQ/?utm_source=ig_web_copy_link

Siapa sahaja yang datang Malaysia tak jatuh hati dengan makanan di sini kan?

Sumber: Malay Mail, Harian Metro

Menariknya resepi unik Insta chef ini, tonton

5 resepi unik Adamdidam

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.