MASwings Tawar Tiga Laluan Baharu Luar Bandar Sabah, Sarawak

Anak syarikat milik Malaysia Airlines, akan meneruskan operasi 39 laluan sedia ada di Sabah, Sarawak dan Labuan termasuk tiga laluan baharu di bawah Perjanjian Pekrhidmatan Awam (PSO) Perjanjian Udara Luar Bandar (RAS).

Tiga laluan baharu tersebut ialah Kuching ke Limbang; Bario ke Long Lellang dan Bario ke Long Seridan, Sabah mulai bulan Januari ini. Perjanjian baharu itu berkuatkuasa dari 1 Januari 2019 hingga 31 Disember 2024vyang dimeterai antara MASwings Sdn Bhd dan kerajaan.

MASwings tiga laluan pendalaman
Sumber: MASwings

BACA: Penerbangan Domestik MASwings Di Sabah Dan Sarawak Tamat Akhir Disember 2019

Selain dari Kuching ke laluan Limbang di bawah syarikat penerbangan MASwings, laluan lain di negeri ini termasuk dari Kota Kinabalu ke Mulu; dari Kuching ke Mulu; dari Miri ke Bintulu, Limbang, Mulu, Sibu dan Labuan; serta Bintulu ke Sibu.

Manakala antara laluan untuk operasi MASwings Viking ialah perkhidmatan laluan udara dari Miri ke Ba’alalalan, Bario, Lawas, Long Lellang, Long Akah, Long Seridan, Long Banga dan Marudi; dari Mukah ke Miri; Bario ke Ba’alalalan dan Kuching ke Tanjung Manis.

Untuk maklumat lanjut mengenai jadual penerbangan terkini, tambang dan info berkaitan boleh ke pautan di laman rasmi MASwings.

Sumber: New Straits Times

 

Canggih dan unik sungguh hotel di China ini, tonton

7 fakta menarik hotel bawah tanah pertama di dunia

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.

https://www.facebook.com/makanlenadotcom/videos/1067219506790274/