The Catacombs merupakan destinasi wajib kunjung bagi traveler yang sukakan suasana mistik dan seram. Bakal memberikan pengalaman yang jauh berbeza daripada destinasi santai biasa, kunjungan ke The Catacombs pasti buatkan anda tak senang duduk.
Menempatkan lebih 8,000 mayat yang diawet sejak kurun ke-18 dan 19, The Catacombs dikatakan bermula apabila seorang sami menggali salah satu kubur pada 1599 dan mengawet rangkanya untuk dipamerkan.
Sejak daripada itu, sami tersebut banyak mendapat permintaan daripada keluarga si mati bagi mengeluarkan mayat waris mereka untuk diawet dan dipamerkan. Dengan tujuan penjagaan simbol status, mayat-mayat tersebut dipelihara baik dan dipakaikan dengan pakaian seperti kehendak keluarga yang mengikut musim dan waktu.

Ramai pengunjung The Catacombs pernah mendakwa bahawa mayat di sini seakan bercakap dengan mulut dan muka yang berubah-ubah. Terletak di Palermo, Itali, The Catacombs meneruskan operasi hasil daripada sumbangan keluarga mayat.
Selagi pihak pengurusan The Catacombs menerima sumbangan daripada keluarga si mati, mayat berkenaan akan diletakkan di tempat yang sepatutnya. Jika tidak, mayat berkenaan akan diketepikan dan diletakkan di suatu kawasan sehingga mereka menyambung kembali bayaran.
Ada sumber memberitahu mayat terakhir yang dimasukkan ke dalam The Catacombs ialah Brother Riccardo pada tahun 1971 sebelum terowong tersebut ditutup secara rasmi kemasukan mayat pada 1880.

Masih dikunjungi pelancong sehingga ke hari ini, The Catacombs mempunyai kisah mistiknya yang tersendiri. Dibahagikan kepada beberapa kategori dalam penyimpanan seperti lelaki, wanita, kanak-kanak, ahli agamawan dan akademik, tidak kesemua mayat tersebut berada dalam keadaan sempurna; ada yang sudah kehilangan tangan dan rahang.
Sumber: Berita Harian
Tahu tak makanan apa yang paling mahal di dunia? Jom tonton paparan video di bawah untuk ketahui dengan lebih lanjut.
5 Makanan Termahal Di Dunia
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.
https://www.facebook.com/makanlenadotcom/videos/1958289254262230/