Taman Nasional Komodo Akan Ditutup Selama Setahun

Indonesia merupakan destinasi yang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Ia jelas dilihat sejak adanya banyak penerbangan langsung ke pelbagai daerah di sana.

Juga terkenal dengan destinasi pelancongan yang menawarkan alam semulajadi, salah satu kawasan yang mendapat tempat dalam kalangan penduduk dunia ialah Taman Nasional Komodo. Terletak di antara provinsi Nusa Tenggara Timur dan Nusa Tenggara Barat, juga merupakan habitat asal satu-satunya ‘naga’ yang tinggal di dunia, iaitu biawak komodo.

Taman Nasional Komodo ditutup
Sumber: Portal Satu

Di sana, para pelancong boleh menyaksikan sendiri biawak komodo yang berkeliaran di depan mata sambil melihat keindahan laut. Jika bernasib baik boleh juga mengambil gambar berdekatan dengan biawak komodo dengan bantuan pihak renjer.

Namun, baru-baru ini pemerintah Nusa Tenggara Timur (NTT) mengeluarkan kenyataan bercadang untuk menutup lokasi pelancongan Taman Nasional Komodo selama satu tahun. Penutupan ini juga sebagai langkah meningkatkan jumlah populasi komodo dan juga rusa yang menjadi makanan utama reptilia gergasi tersebut.

Gabenor NTT, Viktor berkata, saiz tubuh komodo tidak sebesar dahulu kerana populasi makanan utamanya, rusa berkurangan berikutan kes pencurian rusa di kawasan tersebut. Tambahnya, kebimbangan yang menyusul adalah sekiranya komodo tersebut menyerang sesama sendiri akibat kekurangan sumber makanan.

Tidak mengapa jika tidak berkesempatan ke Taman Nasional Komodo, para pelancong masih boleh ke kawasan sekitar yang lain seperti Pulau Rinca, Pulau Padar dan Pulau Flores.

Sumber: Astro Awani

 

Nak tahu apa makanan yang menjadi pujaan rakyat Malaysia? Tonton

9 antara makanan kegilaan rakyat Malaysia mengikut negeri

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.

https://www.facebook.com/makanlenadotcom/videos/2197120163864505/