Bas Transit RapidKL Ke KLIA Cuma RM10

Perjalanan anda ke KLIA dan KLIA2 kini lebih mudah dan murah. Tidak perlu lagi berhabis sehingga RM55 semata-mata untuk ke KLIA dengan menaiki KLIA Ekspres.

Dengan RM10 anda boleh ke KLIA dan KLIA2 dari LRT Putra Heights tanpa dikenakan cas tambahan! Murah bukan?

“Contohnya, jika dari Sungai Buloh, anda boleh ambil MRT dan LRT untuk ke LRT Putra Heights sebelum menaiki bas transit ke KLIA dengan bayaran tiket kesemua RM10 sahaja.” – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke

Inisiatif tiket RM10 yang sudah termasuk perjalanan bas dan LRT/MRT/BRT ini diadakan dengan tujuan meningkatkan kesalinghubungan perjalanan kepada penumpang tanpa had sudah mula beroperasi sejak bulan Februari 2019.

RapidKL Bus Transit
Sumber: Yahoo News

Mengambil masa perjalanan sekitar 40 minit dari LRT Putra Heights ke KLIA dengan kekerapan bas 30 minit, LRT Putra Heights dipilih kerana kedudukannya yang strategik; menyambungkan laluan LRT Kelana Jaya dan Ampang.

Jika dari KLIA atau KLIA2, anda boleh menaiki bas transit yang akan berhenti di LRT Putra Heights sebelum menaiki LRT/MRT/BRT ke destinasi lain.

Selain itu, ada juga syarikat persendirian yang turut menawarkan harga yang murah; RM4 untuk perjalanan sehala dari LRT Putra Heights dengan jarak masa operasi setiap 60 ke 90 minit.

Dengan lima buah bas transit yang beroperasi setiap hari dan boleh memuatkan 37 orang penumpang, anda kini tidak perlu lagi berbelanja lebih semata-mata untuk ke KLIA.

Sumber: The Star Online