Kerajaan Johor Berminat Beli Legoland

Pasti ramai terkesan mendengar berita tentang pemilik Legoland Malaysia iaitu Khazanah Nasional Bhd sedang mempertimbangkan untuk menjual resort dan taman tema berkenaan dengan anggaran sebanyak RM1 bilion termasuk hutan yang dimiliki, berdasarkan laporan Bloomberg baru-baru ini.

Legoland Malaysia Resort yang terletak di selatan Johor dikendalikan Merlin Entertainments Plc. Ia adalah taman bertema Lego yang pertama di Asia, meliputi kawasan yang bersamaan dengan lebih daripada 50 padang bola sepak.

Johor beli Legoland
Sumber: Legoland Malaysia

Susulan itu, kerajaan Johor berkemungkinan akan membeli Legoland Malaysia jika Khazanah bersedia memberi tawaran menarik.

Bagaimanapun, cadangan itu bergantung kepada persetujuan kedua-dua pihak, iaitu penjual dan pembeli, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan Antarabangsa dan Utiliti Johor, Jimmy Puah Wee Tse.

Katanya, siapa pun syarikat yang memiliki Legoland selepas ini, mereka yakin taman tema antarabangsa itu akan terus beroperasi seperti biasa.

Sumber: Berita Harian

 

Jom cuba resipi berasaskan daging daripada Chef ini,

7 Masakan Unik Berasaskan Daging Chef Burak

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.