Anda pernah dengar tentang Kepulauan Faroe?
Terletak di Denmark, Kepulauan Faroe hanya boleh dicapai dengan menggunakan dua cara pengangkutan iaitu kapal terbang atau kapal laut.
Jarang dikunjungi pelancong kecuali mereka yang ‘gagah’ menempuh perjalanan yang jauh, panorama pulau ini digambarkan seakan sebuah pentas persembahan muzikal yang dilatari warna hijau dan biru alam.
Perjalanan dari Denmark ke Pulau Faroe dengan menaiki feri sahaja boleh mencecah 36 jam! Memang mencabar sungguh; kebas punggung dan mual dilambung ombak laut merupakan antara cabaran terbesar.
Tempoh masa perjalanan juga bergantung kepada musim. Dengan menaiki kapal terbang dari Reykjavik, Edinburgh dan Bergen, penerbangan hanya mengambil masa sekitar sejam manakala dari Copenhagen adalah dua jam.
Berhampiran dengan Iceland, katanya pulau ini sangat mengalu-alukan wanita bujang kerana ramai penduduk lelaki pada 2017 lebih 2,000 orang daripada wanita. Ramai penduduk wanita muda keluar dari Pulau Faroe ini untuk bekerja dan belajar.

Dengan suhu maksimum 16°C pada musim panas, Kepulauan Faroe terdiri daripada 18 buah pulau ini berada di ketinggian 100 meter dari paras laut. Pengunjung Pulau Faroe rata-ratanya memberitahu berada di atas kepulauan ini menyebabkan mereka terasa seperti melayang-layang.

Jika anda lihat di hujung bahagian kepulauan yang menghadap tebing, ada satu air terjun yang langsung mengalir ke lautan. Tapi jika ke sini, anda kena tetap berpegang teguh pada kepercayaan bahawa bumi ini berbentuk sfera tau, bukannya flat.
Terletak di kawasan Lautan Atlantik Utara, Kepulauan Faroe ini mempunyai keunikan yang tersendiri; pemandangan semula jadi memukau dan seni bina eksotik. Hidup dalam kesederhanaan menjadikan Kepulauan Faroe ini sangat dicintai oleh pelancong yang ingin lari dari kesesakan dan kesibukan bandar.
Yang menariknya, populasi manusia di Kepulauan Faroe ini katanya kalah kepada populasi kambing. Hidup aman dan harmoni, penduduk Kepulauan Faroe ini mengamalkan hidup secara bermasyarakat.

Ada satu mitos yang masih dipegang masyarakat Kepulauan Faroe sehingga ke hari ini. Dua ekor raksaksa dari Iceland dikatakan sangat mencemburui keindahan Kepualauan Faroe dan pernah datang ke sana untuk memiliki pulau tersebut. Namun ketika cubaan memindahkan pulau, matahari pun terbit dan kedua raksaksa tersebut bertukar menjadi batu besar yang masih berdiri tegak sampai hari ini.
Bagaimana? Ada wanita bujang yang tertarik untuk ke sini ke?
Kalau craving piza, wajib datang sini. Memang jenis tak kedekut cheese owner ni.
Homemade Pizza @Beb Stoneoven, Kajang
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.