Beberapa kali cuba membuat kentang putar ala KFC pun belum tentu akan sama atau sesedap yang kita pernah rasa di restoran lima bintang.
Mungkin ada beberapa teknik yang salah ketika membuatnya yang menyebabkan kentang putar anda tidak segebu dan seenak yang diinginkan.
Ini beberapa kesalahan yang jarang kita titik beratkan dalam membuat kentang putar.
1. Guna kentang belum cukup matang
Jika terlanjur guna kentang belum matang, boleh gunakannya dengan memasak dahulu dalam ketuhar dengan suhu rendah. Haba dalam ketuhar akan membuatkan kentang jadi lembut.
2. Guna kentang yang sudah tua
Kentang yang terlalu tua juga boleh menyebabkan kentang putar anda tidak segebu yang diinginkan kerana kentang tua mengandungi banyak air di dalamnya. Boleh menyebabkan kentang putar anda menjadi terlalu pekat dan sukar dibentuk.
Boleh memperbaikinya dengan memanaskan kentang dalam kuali menggunakan api kecil.
3. Kisar kentang
Memang mudah kerja memasak jika mengisar kentang bagi teksturnya licin dan tidak berketul. Salah sebenarnya kerana mengisar akan membuat kentang bau seperti tepung. Jadi, perlu rajinkan diri dengan melenyek kentang.
4. Guna jenis kentang yang salah
Terdapat dua jenis kentang yang sedap untuk dijadikan kentang putar iaitu kentang russets dan yukon. Jika ingin kentang bertekstur padat, yukon pilihan yang tepat.
5. Tidak tabur garam dalam air rebusan kentang
Cara ini amat membantu memberikan rasa enak pada kentang. Jadi, air rebusan itu perlu ditabur garam seperti merebus pasta.

6. Masuk kentang sebelum air mendidih
Jika anda rasa sama sahaja memasak kentang sebelum atau selepas air mendidih, ternyata pendapat anda salah. Memasukkan kentang sebelum air mendidih akan menyebabkannya keras. Sebaiknya, rebus kentang dalam air garam yang mendidih.
7. Gaul mentega dan susu sejuk ketika kentang masih panas
Kentang tidak akan menyerap cecair jika menggunakan mentega dan susu sejuk. Cara terbaik, tunggu mentega dan susu hilang sejuk atau panaskannya untuk memberi tekstur kentang lebih creamy.

8. Potongan kentang tidak sama
Memotong kentang dengan seragam akan menghasilkan semua kentang yang direbus sama masak. Jadi, perlu memotong kentang dengan saiz yang sama untuk tidak ada yang terlebih masak ataupun sebaliknya.
Nampak rumit kan? Tetapi nak kentang setaraf restoran lima bintang perlulah ada usaha sedikit.
BACA: Resipi Kentang Putar Sedap Ala KFC
Sumber: IDN Times
Macam-macam betul evolusi nasi lemak yang mereka buat.
6 Menu Nasi Lemak Unik Di Malaysia
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.