Malaysia Gantung Khidmat Boeing 737 Max 8 Serta-Merta

Selepas China mengeluarkan arahan penggantungan operasi komersial semua pesawat Boeing 737 Max 8 sehari selepas insiden membabitkan pesawat milik Ethiopian Airlines yang mengorbankan semua penumpang dan anak kapalnya, beberapa negara juga bertindak menggantung operasi model pesawat berkenaan.

Sebelum ini, model yang sama yang membabitkan pesawat milik Lion Air juga terhempas di Indonesia pada 29 Oktober lalu.

Ketika ini, kira-kira 350 pesawat Boeing 737 Max 8 beroperasi di seluruh dunia dan beberapa negara serta syarikat penerbangan mengambil tindakan menggantung operasi pesawat jenis itu, manakala ada juga yang masih meneruskan operasi pesawat tersebut, menunggu hasil siasatan dan garis panduan baharu daripada Boeing.

negara gantung Boeing 737 Max
Sumber: Tempo.co

Antara negara yang menggantung perkhidmatan pesawat Boeing 737 Max 8:

Pihak Berkuasa Penerbangan Singapura (CAAS) menggantung sementara semua operasi penerbangan varian Boeing 737 MAX dari dan keluar republik.

Indonesia menggantung operasi 11 pesawat Boeing 737 Max 8.

– Kementerian Pengangkutan Korea Selatan berkata, dua pesawat Boeing 737 MAX 8 yang dikendalikan syarikat penerbangan bajet, Easter Jet akan digantung operasi bagi memberi laluan kepada pemeriksaan lanjut.

BACA: Nahas Ethiopian Airlines: 157 Penumpang Tiada Yang Selamat

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Mongolia mengarahkan syarikat penerbangan MIAT Mongolian Airlines juga mengeluarkan arahan sama.

Ethiopian Airlines melakukan arahan sama terhadap semua pesawat Boeing 737 Max.

Syarikat penerbangan Afrika Selatan, Comair memaklumkan telah memutuskan untuk menghentikan operasi pesawat 737 Max daripada jadual penerbangan.

Ketua Pegawai Eksekutif Cayman Airlines, Fabian Whorms berkata, pihaknya akan menggantung operasi dua pesawat 737 Max.

Gol Airlines dari Brazil menghentikan sementara operasi 737 Max.

Aeromexico, yang memiliki enam pesawat 737 Max turut mengumumkan menggantung operasi pesawat berkenaan.

Juruterbang Aerolinas Argentinas dari Argentina menolak untuk menerbangkan 737 Max.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia menggantung penerbangan Boeing 737 Max ke atau dari Malaysia berkuatkuasa serta-merta.

Sumber: Utusan Online

 

Tanpa sedar makanan kita menjadi racun.

6 Masakan Menjadi Racun Apabila Dipanaskan Semula

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.