Bagaimana selalunya cara anda makan nanas?
Kupas kulit kemudian potong isinya? Atau terus makan tanpa kupas kulit?
Baru-baru ini, satu dunia kecoh dengan penularan video makan nanas like a boss tanpa perlu bersusah payah mengupas kulit dan memotong isinya.
Nak tahu bagaimana caranya?
Hanya potong sedikit di bahagian atas nanas dan cabut atau tarik bahagian yang berduri satu-satu. Hasilnya anda akan dapat menarik keluar isi nanas tanpa perlu mengupas kulit.
Susah untuk anda gambarkan? Sila lihat paparan video di bawah.
https://twitter.com/RohanFernandoJA/status/1104198669039890432
Tapi, tidak semua individu yang cuba untuk makan nanas dengan cara sama berjaya. Ada yang kata mereka telah digame oleh internet.
https://twitter.com/UPROXX/status/1104923899785928704
Sampai macam ini jadinya…
https://twitter.com/WCoupard/status/1103373137511628800
Katanya perlu ada trick untuk berjaya makan nanas dengan cara tersebut. Antaranya nanas yang digunakan perlulah sudah masak. Bukan masak selepas sudah dipetik tetapi masak semasa dipetik.
Selain itu, ada juga teori yang mengatakan bahawa nanas di Asia lebih lembut jika dibandingkan dengan kawasan lain. Jadi, kita di Malaysia ini kalau nak cuba bolehlah kot.
Nak selamat, pastikan kuku anda tidak terlalu panjang semasa melakukan cubaan ini. Kalau tidak bersedialah untuk menghadapi akibatnya.
Tidak kisahlah anda gunakan cara apa sekalipun, yang paling penting anda dapat menikmati buah nanas itu dengan gembira dan bahagia. Bukan itu yang lebih penting?
Jijik sungguh lah.
Muzium Makanan Jijik Yang Pasti Buatkan Anda Muntah
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.