Menara Kuala Lumpur Bertukar ‘Pink’ Hingga 31 Mac Ini

Bersempena dengan hari kelahiran Barbie yang ke-60 pada tahun ini, Menara Kuala Lumpur turut mengambil bahagian dengan menjadikan bangunan tersebut bertukar warna sehingga 31 Mac ini.

Hanya muncul bermula jam 7 petang hingga 12 tengah malam, warna tersebut dipilih kerana ianya merupakan warna tema Barbie.

Dengan slogan tema kali ini iaitu ‘You Can Be Anything’ yang bertujuan sebagai memberi motivasi kepada golongan remaja perempuan adalah tidak mustahil untuk mencapai impian mereka selagi ada usaha dan minat.

Menara Kuala Lumpur

Majlis yang dirasmikan pada 11 Mac lalu meriah kerana turut dihadiri oleh beberapa orang ternama di Malaysia seperti Datin Vivy Yusof dan astrophysicist pertama negara, Professor Dr. Mazlan Othman.

Menara Kuala Lumpur

60 patung mainan Barbie dengan 60 kostum pekerjaan mula dijual secara eksklusif bersempena dengan sambutan ini. Antaranya ialah kostum angkasawan, juruterbang, pembaca berita, ahli politik dan pemain bola.

Menara Kuala Lumpur

Beberapa bangunan ikonik di negara jiran turut mengambil bahagian, antaranya Manila City Hall (Filipina), Muzium Fatahillah (Indonesia) dan Singapore Flyer (Singapura).

Kalau anda ke sana dan merakamkan momen ‘pink’ tersebut, jangan lupa sertakan sekali tanda pagar #barbie60 tau!

Sumber: Remaja

Hebat betul Adamdidam ni masak.

5 Resepi Unik Oleh Adamdidam

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.