Selalunya bila sudah memotong cili, pasti tangan akan terasa panas dan pijar. Kalau dibiarkan pasti tak senang duduk, bila-bila lagi kalau tersentuh bahagian mata.
Kalau tanya pada orang-orang dulu, pasti ada petua dan cara untuk mengatasi masalah tersebut. Antaranya:
1. Panaskan tangan
Jangan letakkan tangan anda terlalu dekat dengan api, nanti terbakar pula nanti. Cuma biarkan tangan anda merasa haba sebentar daripada api dapur sebelum dicuci dengan air dan sabun.
2. Rendam tangan dengan ais
Masukkan tangan ke dalam bekas berisi ais beberapa kali sehingga rasa panas hilang.

3. Minyak masak
Sebelum memegang cili, lumurkan tangan anda dengan sedikit minyak masak. Kalau terlupa sapu sebelum memegang cili, sapukan selepas anda mencuci tangan.
4. Garam/ Gula
Lumur garam dengan gula atau garam. Biarkan sekitar lima minit sebelum dibilas dengan air paip. Lakukan sehingga rasa pijar pada tangan hilang.
5. Beras
Rendam tangan yang sudah bersih ke dalam mangkuk berisi beras. Biarkan tangan anda tenggelam sehingga terasa lega. Kata orang tua dulu-dulu, beras mampu meresap haba panas cili.

Mudah sahaja kan petua orang dulu-dulu ini? Semuanya gunakan bahan yang mudah didapati. Jadi selepas ini kalau rasa pijar pada tangan selepas memegang cili, bolehlah cuba petua di atas.
Kalau peminat anime masuk sini, confirm rasa macam tak nak balik Malaysia punya.
7 Tempat Wajib Singgah Oleh Peminat Anime Di Jepun
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.