Ditipu Skim Cepat Kaya Syarikat Kopi, Mangsa Hampir Rugi RM80,000

Sejak beberapa tahun belakangan ini, ramai telah mendedahkan penipuan yang dibuat oleh syarikat keluaran produk minuman kopi bumiputra ini. Namun, masih ada lagi individu yang tetap meneruskan dengan skim yang dijanjikan syarikat berkenaan.

Seramai 19 individu tampil membuat laporan polis mendakwa menjadi mangsa penipuan syarikat produk minuman kopi yang diasaskan seorang lelaki bergelar Datuk Seri kerana terlalu percaya dengan skim yang dipromosikan; setiap ahli hanya perlu mengeluarkan modal membuat pembelian produk berdasarkan pakej yang ingin disertai.

skim syarikat kopi
Sumber: CWC

Mangsa rata-rata daripada penjawat awam dan kakitangan swasta menanggung kerugian keseluruhan mencecah RM735,000. Mereka juga mendakwa, keuntungan hasil pelaburan antara RM10,000 hingga RM160,000 juga tidak dibayar seperti yang dijanjikan sejak Julai 2016.

Ramai yang terbuai dan yakin dengan skim itu selepas melihat usaha syarikat menaja produk di pelbagai rancangan televisyen. Juga skim ini nampak meyakinkan apabila Dr. Muhammad Faisal yang juga merupakan pensyarah di Jabatan Dakwah UKM menjaid penasihat syariah bagi syarikat itu.

Modus operandi skim ini:

1. Membuat pelaburan pemulaan sebanyak RM10,000.
2. Pada awalnya, menerima bayaran hasil keuntungan pelaburan sebanyak RM600 sebulan seperti yang dijanjikan.
3. Berdasarkan perjanjian pelaburan sebanyak RM10,000, pelabur menerima produk minuman kopi bernilai RM2,500 manakala produk selebihnya dijual oleh pihak syarikat dan pelabur menerima bayaran RM600 setiap bulan.
4. Pelabur menerima bayaran selama setahun tanpa sebarang masalah, tambah pelaburan untuk menerima keuntungan yang lebih lagi.
5. Keuntungan pelaburan meningkat namun selepas itu pembayaran mula bermasalah apabila tidak menerima sebarang bayaran.

Ini kronologi mengenai skim cepat kaya daripada syarikat minuman kopi terbabit yang didedahkan oleh PW Community:

skim syarikat kopi

Begitulah taktik yang digunakan syarikat untuk menipu mangsa. Sudah banyak syarikat atau agensi yang menggunakan taktik sebegini dan paling merugikan adalah mangsa rata-ratanya menggunakan wang simpanan.

Sumber: Sinar Harian