Bergaduh Dalam Pesawat, Lelaki Mabuk Gigit Hidung Penumpang Lain Hingga Berdarah

Gara-gara mabuk dalam pesawat, seorang penumpang lain cedera diserang secara fizikal sehingga berdarah.

Pesawat Ryanair yang berlepas jam 6.10 pagi pada hari Sabtu dari Lapangan Terbang Glasgow menuju ke Tenerife berada dalam keadaan kucar-kacir akibat daripada serangan tersebut.

Serangan semasa di pertengahan penerbangan tercetus apabila seorang lelaki dalam keadaan mabuk memberikan komen kepada seorang wanita yang tidak memakai kasut untuk ke tandas.

Tampil menyebelahi wanita tersebut adalah teman lelakinya yang mana cuba menenangkan keadaan lelaki mabuk tersebut.

Namun kerana terlalu mabuk, lelaki tersebut mula menyerang teman lelaki wanita terbabit dan pergaduhan tersebut berlanjutan sehingga menyebabkan pendarahan di hidung akibat digigit.

Mabuk Dalam Pesawat

Pergaduhan yang akhirnya dileraikan dengan baik dan pantas oleh anggota polis dan beberapa kakitangan pesawat Ryanair berlaku dalam keadaan pesawat masih lagi di udara.

Kawasan berlakunya pergaduhan yang sempit menyebabkan banyak penumpang tidak bersalah turut menjadi mangsa keadaan.

Beberapa keping gambar yang tersebar di Twitter juga jelas menunjukkan kesan darah pergaduhan ‘gigit hidung’ yang selamat dikendalikan sejurus selepas pesawat Ryanair mendarat di Tenerife.

Mungkin inilah salah satu sebab mengapa minuman alkohol sepatutnya dilarang sebelum dan semasa menaiki pesawat.

Sumber: Metro UK

Port paling ngam untuk penggemar kambing.

Nasi Arab @Al Rawsha

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.