Lepas Facebook, Akaun Twitter Tony Fernandes Mungkin Dalam Kenangan

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes memberitahu bahawa beliau berkemungkinan menutup akaun Twitter miliknya pada masa akan datang.

Tony Fernandes
Sumber: IG Tony Fernandes

Keputusan tersebut dibuat berikutan daripada penularan meluas video siaran langsung serangan tembakan pengganas yang berdurasi 16 minit di dua masjid Christchurch, New Zealand Jumaat lalu .

https://twitter.com/tonyfernandes/status/1107123988864491520

Perkara tersebut dimaklumkan selepas beliau menutup akaun Facebook rasminya yang memiliki lebih 670,000 pengikut kerana merasakan bahawa unsur sebaran kebencian di media sosial kadangkala bersifat melampau.

Mempunyai lebih daripada 1.29 juta pengikut di laman Twitter, Tony Fernandes telah melakukan hantaran ciapan lebih kurang 20,300 kali sejak 2008.

https://twitter.com/tonyfernandes/status/1107167917378953217

Pernah menjadi mangsa sebaran maklumat palsu seperti penglibatan dalam Bitcoin dan sebagainya, Tony Fernandes turut menyelar tindakan Facebook yang dirasakan tidak cuba untuk melakukan ‘pembersihan’ di laman mereka kerana hanya mementingkan keuntungan semata.

Agaknya berapalah harga coklat ini kan?

5 Karya Seni Pastri Coklat Chef Amaury

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.