Bebola Daging IKEA Halal, Tiada Sumber Meragukan Seperti Yang Didakwa

Pembukaan cawangan baharu IKEA di Batu Kawan, Pulau Pinang pada 14 Mac lalu, membuktikan bebola daging IKEA antara senarai makanan kegemaran rakyat Malaysia apabila lebih 32,000 biji bebola daging itu berjaya dijual.

Namun, masih ada desas-desus mengenai bebola daging itu dikatakan daripada sumber yang meragukan. Ia disebabkan terdapat salah faham dan kesilapan pada paparan skrin digital di pusat jualan makanan Sweeden, IKEA Batu Kawan yang menyatakan bahawa bahan bukan halal telah digunakan dalam bebola daging Kottbullar.

IKEA Malaysia menegaskan produk bebola daging Kottbullar yang dijual di stor berkenaan halal dan diperbuat daripada daging lembu.

bebola daging IKEA halal
Sumber: Harmonilife

“Kami memberi jaminan kepada rakyat Malaysia bahawa barangan makanan dimasak segar dan dijual di restoran, bistros serta pusat jualan makanan Sweden di semua stor Ikea Malaysia dengan pengesahan sijil halal Jakim.

“Selain itu, premis ini tidak menggunakan daging babi dan tidak mengandungi alkohol serta dikendalikan oleh pekerja Muslim yang terlatih. Di samping itu, semua pembekal kami mempunyai sijil yang halal,”

Sebelum ini, pernah timbul isu bebola daging IKEA tidak halal apabila IKEA menarik balik bebola dagingnya dari 16 negara di Eropah selepas pihak berkuasa Czech menjumpai daging kuda dalam produk itu pada 2013.

Bagaimanapun, IKEA Malaysia mengesahkan bebola daging mereka selamat dimakan kerana bahan makanan mereka tidak dihasilkan oleh pembekal yang terlibat.

Sumber: Utusan Online

 

Puasa nanti, boleh cuba masak resipi unik ini. Tonton

5 resipi unik Adamdidam

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.