Enggan Dilamar Dalam Bilik Hotel, Wanita Tarik Balik Jawapan ‘Yes, I Do’

Penat jetlag pun tak habis lagi, dah kena reject.

Seorang lelaki menyangkakan bahawa rancangan melamar teman wanitanya sempena ulang tahun ke-3 mereka di Angkor Wat, Kemboja yang mana termasuk dalam bucket listnya sudah cukup sempurna.

Sekembalinya mereka ke bilik hotel, lelaki tersebut melakukan lamaran dan teman wanitanya terus menyatakan persetujuan. Namun selepas keluar dari tandas, teman wanitanya memberitahu mahu menarik semula keputusannya.

Tolak Lamaran
Sumber: The Clever Bride

“Dia menangis keluar daripada tandas dan pulangkan cincin kembali kepada saya. Katanya dia tidak boleh menerima lamaran saya kerana tidak mahu memori dilamar saya adalah di dalam bilik tidur.”

Terluka tapi tetap berlagak cool, lelaki terbabit berhasrat memutuskan hubungan mereka selepas pulang walaupun diminta oleh teman wanitanya untuk melakukan lamaran sekali lagi; dengan kawasan yang lebih baik daripada di bilik hotel.

Mungkin teman wanitanya itu terlalu banyak menonton filem dan drama bergenre romantis kot. Manalah tahu terpengaruh dengan lamaran dalam cerita-cerita begitu.

Bukan main lagi evolusi nasi lemak sekarang ini.

6 Menu Nasi Lemak Unik Di Malaysia

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.