‘Kale’, Strawberi Dan Bayam Tersenarai Dalam Makanan ‘Terkotor’ Di Pasar Raya

Kubis daun atau kale mungkin tidak sesihat yang anda fikirkan. Dalam satu laporan baharu, kale dinilai sebagai sejenis sayuran yang paling banyak racun perosak sehingga digelarkan sebagai makanan paling kotor di pasar raya.

Penemuan mengejutkan ini dijumpai oleh Kumpulan Pekerja Alam Sekitar semasa mengeluarkan edisi terbaharu Panduan Pembeli tahunan untuk Racun Perosak di Amerika Syarikat.

Kajian mendapati bahawa lebih daripada 92% sampel kale membawa dua atau lebih sisa racun perosak yang mana satu sempel boleh mengandungi baki sehingga 18 jenis racun.

Racun yang paling kerap dijumpai dalam semua jenis sampel iaitu pada kadar 60% ialah Dacthal (DCPA). Diklasifikasikan oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar sebagai karsinogen yang boleh menyebabkan penyakit barah dan telah diharamkan di Eropah sejak 2009.

Dalam senarai 12 jenis makanan terkotor, kale menduduki tempat ketiga selepas strawberi dan bayam. Walaupun begitu, pengkaji di EWG Toxicology, Alexis Temkin memberitahu keputusan kajian adalah tidak jelas.

Makanan Terkotor
Sumber: Radio.com

Berikut merupakan senarai ‘makanan terkotor’ yang boleh anda jumpai di pasar raya:

1. Strawberi
2. Bayam
3. Kale
4. Nectarines
5. Epal
6. Anggur
7. Pic
8. Ceri
9. Pear
10. Tomato
11. Daun saderi
12. Kentang

Manakala senarai 15 ‘terbersih’ ialah:

1. Avokado
2. Jagung manis
3. Nanas
4. Sweet peas sejuk beku
5. Bawang
6. Betik
7. Terung
8. Asparagus
9. Kiwi
10. Kobis
11. Bunga kobis
12. Tembikai wangi
13. Brokoli
14. Cendawan
15. Tembikai susu

Sumber: MalayMail

Gigih betul dia ukir coklat semata-mata nak bentukkan jadi jarum jam.

5 Karya Seni Pastri Coklat Chef Amaury

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.