Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya nak kongsi trip jelajah K-POP di Seoul Korea. Trip ini memang cari K-POP je. Trip ala backpacker tapi tak berapa bajet kot. Di bawah saya kongsikan itinerary 5 hari 4 malam dan sedikit cara menggunakan subway untuk ke tempat-tempat yang dilawati.
Nota: Maaf gambar tak lawa. Tak pro ambil gambar. 😬
Itinerary penuh:
Mom House: Milik Kyuhyun, ahli kumpulan Super Junior
*Dari subway ke Mom House, keluar Exit 3. Jalan terus akan nampak Daiso, masuk lorong kiri dan akan nampak Mom House.
Gyeongbokgung Palace
*Dari Gyeongbokgung Palace, anda boleh berjalan kaki ke Bukhon Hanok Village.
SMTOWN: Salah satu syarikat ‘TOP 3’ label artis Korea.
*Harga tiket masuk Musium SMTOWN: 18,000 won
Dongdaemun
*Barang kosmetik murah di Dongdaemun. Kawasan sungai di Dongdaemun lagi cantik kalau pergi malam.
*Untuk ke Namsan Tower dari Myeodong atau Chumuro, naik bas nombor 5. Jangan risau sesat sebab Namsan Tower perhentian yang terakhir.
*Line Cafe banyak terdapat di Korea, contohnya di Myeondong, Dongdaemu dan Itaewon. Makanan di Line Cafe agak mahal.
Mouse Rabbit Cafe: Milik Yesung, ahli kumpulan Super Junior
*Saya tak sempat pergi sebab dah malam, takut kena tinggal kereta api. Jadi siapa nak pergi. 6 minit sahaja dari kawasan subway.
**Artikel ini diambil dengan izin daripada Azura Rasid. Untuk ikuti beliau, anda boleh ke sini.
Tak rugi makan dekat sini. Hidangan kambing dia besar.
Nasi Arab @Al Rawsha
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.