Baca ‘Tips And Trick’ Lelaki Ini Urus Bajet Percutian 11 Hari 9 Malam Di Turki

ITINERARY (DIY) TRIP TURKEY โ€“ 11 Hari 9 Malam

๐Ÿ“ [Istanbul โ€“ Cappadocia โ€“ Izmir]

(Watch HD video for full journey)

Pergh, ramai betul minta itinerary Turkey. Haha. Bukan jual mahal tak nak share tapi biarlah aku share itinerary beserta tip sekali supaya korang boleh belajar sama dari pengalaman aku. Turkey ini kalau korang study lebih sikit memang boleh backpack sendiri sahaja. Lebih fun dan enjoy kalau semuanya urus ikut masa sendiri. Ikut selera sendiri nak melawat mana.

So, let’s start! All in cost burn RM 3,750 untuk 11 hari 9 malam exclude shopping. Detail pecahan baca sendiri kat bawah okey.

 

Bajet Turkey (Preparation):

๐Ÿ›ซ Tip Tiket Kapal Terbang Antarabangsa:

RM1,920 return (Saudia Airlines) – transit Jeddah.
Pergi: Transit 6 Jam
Balik: Transit 2 Jam

Trip Bajet Turki

๐Ÿ›ซ Airport di Istanbul ada dua- (IST) dan (SAW). Korang boleh search nak turun mana, tiket yang murah. Hujung bulan ini tak silap (IST) akan tutup dan berpindah ke airport baru. Haritu aku turun (IST).

๐Ÿ›ซ Kalau dapat tiket bawah RM2,000 grab saja. Itu consider murah. Aku selalu compare dekat Skyscanner ikut tarikh yang aku nak.

๐Ÿ›ซ Kalau kena transit, cari yang transit sekejap. Kalau terpaksa transit lama juga eloklah transit pergi yang lama berbanding transit balik yang lama. Sebab balik dah penat. Nak transit lama lagi. Otak dah rasa nak baliiiik!

๐Ÿ›ซ Saudia Airlines okay tapi transit di Jeddah sangat boring sebab airport dia tak ada apa yang menarik. Nak makan pun kedai makan tak banyak. Pishang juga transit 6 jam hari itu.

๐Ÿ›ซ Pemilihan airlines sebenarnya penting juga, lagi-lagi dekat mana dia transit kalau bukan direct flight.

 

๐Ÿ“ก Tips Data Internet:

Pocket Wifi (Roamingmanmy) – RM365 Unlimited Data (kongsi 5 orang) = RM73/ seorang

Lately ini aku memang sewa pocket wifi jenama ini. Best sebab tak ada deposit. Ada dekat KLIA dan KLIA2. Connecting superb. (Recommended)

Simkad aku jarang pakai. Maybe ada yang okey tapi kena study sendiri lah ya.

 

๐Ÿฅ Tip Insuran:

AIG Travel Insurans โ€“ RM117 seorang

Pilihan lain yang okey. (Etiqa 360 Insurans)

Sebelum ni aku selalu pakai AXA sebab nak murah dan janji ada insuran. Tapi orang cakap pengalaman mematangkan. So atas ilmu-ilmu yang orang kongsi dan lihat pengalaman sekeliling, better cari insuran yang bukan Pay and Claim. Biar mahal sikit janji terus cover kalau apaโ€“apa berlaku. Dari kau nak bayar dulu. Ada duit ke kalau tetiba dia nak RM10,000? Mampu? Haha.

 

๐Ÿฅ˜ Tip Makanan:

Rm 60/ seorang (Makanan Malaysia)

Aku ada bawa juga ‘sedikit’ makanan dari Malaysia untuk memudahkan urusan sarapan seperti maggi, minuman 3 in 1, tuna dan produk Sharifah. Daging Dendeng dia sedap. Haha.

Makanan di Turki jugak boleh di terima tekak (bagi aku), jadi makanan tak menjadi masalah bagi kami. Tapi, ada juga dari pengalaman orang lain dia orang tak selera makan makanan disana. Jadi kena tanya diri sendiri la kan?

 

๐Ÿ’ฐ Currency 100 Lira = RM73

๐Ÿจ Tip HOTEL oleh Booking.com

๐Ÿ’ฐ Istanbul : RM 156/ seorang (2 malam)

 

๐Ÿจ THE LEGEND PLATINE SUITE (TAKSIM ISTIKLAL)

Bilik kecil tapi ada lift. Dekat dengan tarikan utama iaitu Taksim Istiklal. Berdekatan balai polis tapi sedikit sunyi dilorong belakang. Takut sikit kalau korang perempuan sahaja. Berdekatan dengan stesen Taksim Square.

Ada kisah seram di sini. Jam 7 pagi kami keluar hotel untuk berjalan ke stesen kereta api tapi ternampak penjenayah berdarah-darah di kepala di depan balai polis.

Taksim Istiklal ini kawasan red district sikit. Kena berhatiโ€“hati. Kawasan lain yang nice untuk stay adalah di Sultanahmet.

 

๐Ÿ’ฐ Cappadocia : RM 148/ seorang (2 malam)

๐Ÿจ RELIC HOUSE (GOREME)

Pemilihan Kawasan hotel ni antara tindakan tepat aku buat untuk trip ini. Sebabnya Kawasan sini merupakan antara kawasa strategik kalau kau orang nak tengok matahari naik dan terbenam. Tak payah ambik tour dah boleh tengok. Jimat duit. Tempat ini pun best sebab point untuk tengok sunset dan sunrise tu merupakan port untuk tengok belon udara panas naik juga. Memang naik atas kepala. Tak naik pun dah dapat feel best dia macam mana. (Recommended). Hotel dia pun best. Kalau kau orang nak cari hotel lain pun banyak area tu. Cari berdekatan hotel ni. Boleh trace guna Google Maps.

Airport transfer dari Nevsehir Airport = 25 Lira (saya guna)
Airport transfer dari Kayseri Airport = 30 Lira

Trip Bajet Turki

๐Ÿ’ฐ Izmir : RM 162/ seorang (3 malam)

 

๐Ÿจ HOTEL APART ALSANCAK (ALSANCAK)

Hotel ini best sebab style apartment. Besar dan boleh masak. Lagi best sebab duduk 3 malam kat sini memang seronok la dapat bilik besar. Berdekatan dengan kereta api juga untuk berjalan.

Airport transfer dari Airport to Hotel = 30 Lira

๐Ÿ’ฐ Istanbul (Last Day) : RM 43/ seorang (1 malam)

 

๐Ÿจ TAXIM TREND SUITE (TAKSIM SQUARE)

Apartment style tapi tiada lift, haritu dapat tingkat 4. Meninggal nak usung beg berat di atas tangga yang tirus hahaha. Boleh bawak gaduh wei!

Berdekatan dengan Station Taksim Square tapi jauh sikit dari Taksim Istiklal. Tapi still boleh jalan kaki ke Taksim Istiklal.

Kawasan berbukit mengah jugak nak jalan (not recommended). Tapi still okay sebab murah tapi jenis apartment sempit. #Tepukpoket.

 

๐Ÿ›ซ Tip Domestic Flight:

Antara misi trip kali ini aku nak mencuba semua Airlines Berlainan dan misi berjaya sebab aku berjaya mencuba 4 airlines sepanjang trip ini.

 

๐Ÿ›ซ Route 1 : Istanbul โ€“ Cappadocia oleh Turkish Airlines

๐Ÿ’ฐ RM167/ seorang (15KG luggage)

Untuk ke Cappadocia kau orang boleh terbang dari Airport IST dan SAW.

Dan di Cappadocia juga ada dua Airport Navsehir dan Kayseri.

Goreme lebih dekat dari Airport Nevsehir. Jauh sikit dari Kayseri, beza dalam 15 minit macam tu kalau tak silap. So kau orang bandingkanlah dua harga tiket dari duaโ€“dua airport itu.

Airport domestic diorang sibuk ya. Hari itu flight kita orang jam 7.30 pagi tapi punyalah ramai orang. Cemas gila takut tak sempat check-in beg. Make sure korang tak salah terminal. Terminal domestik dan Terminal antarabangsa adalah berlainan.

Hari itu airport transfer drop dekat International Airport. Dah la airport transfer sampai lambat. Janji jam 4.30 pagi tapi jam 5.15 pagi baru sampai. Lepas tu dia bawak laju gila nak sempatkan ke airport. Time tu serius dah fikir plan B kalau terlepas flight. Sampai airport salah terminal pulak. Nasib sebelah je boleh jalan kaki. Tapi berlari jauh jugak la. Oh sebuah pengalaman!!! Sangat. #DramaAirport

๐Ÿ›ซ Route 2 : Cappadocia โ€“ Izmir (Pegasus Airlines)

 

๐Ÿ’ฐ RM71 / seorang (15KG luggage)

Untuk ke Izmir, Adnan Menderes Airport (ADB) dari Cappadocia kami naik dari Kayseri Airport (transit SAW) dua jam dan ke Izmir dari Airport Istanbul (SAW).

 

๐Ÿ›ซ Route 3 : Izmir โ€“ Istanbul oleh (Atlas Global Airlines)

๐Ÿ’ฐ RM 89/ seorang (15KG luggage)

Dari ADB Airport turun IST Aiport.

Trip Bajet Turki

๐Ÿ›ซ Dilema naik Domestic Flight:

Flight antarabangsa 30KG dia bagi tapi korang tak boleh bawak lebih 15KG dari Malaysia sebab nanti bila nak berpindah susah or else kena tambah duit beli luggage.

Biasa diorang mengamalkan konsep AirAsia boleh gabung beg kalau dalam satu booking. Berat satu beg tak boleh lebih 23KG.

Flight kene beli awal untuk murah. Dan biasanya yang murah awal pagi dan lewat petang atau malam. Masalah dia ialah nak kena keluar ke airport awal pagi gila. Jadi pengurusan masa kena betul sebab kebanyakan airport dia orang busy walaupun awal pagi.

Deal siap-siap airport transfer untuk ke hotel atau ke airport lebih murah dan selamat. Dapat keluar ke airport lebih awal lebih bagus supaya tak terkejar-kejar.

 

Pas Kereta Api (Subway)

๐ŸšŠ ISTANBULKART

Sepanjang kami di Istanbul kami menggunakan Istanbulkart sepanjang kami menggunakan subway. Subway diorang cashless okey. Yang menariknya kau orang tak perlu beli sorang satu kad ni. Cukuplah satu untuk kegunaan semua. Hari itu kami pakai satu kad untuk 5 orang.

Kad berharga 6 lira dan boleh beli di machine subway. So kau orang top-up la terus berapa korang punya anggaran untuk sepanjang trip tu nanti. One way rate 1.85โ€“3 Lira seorang.

Kad ni korang nak masuk saja dah tap. Keluar tak payah tap dah. Dia tolak duit masa masuk. Sebab itu sebab boleh share.

Trip Bajet Turki

๐Ÿ“ Itinerary Turkey

Day 1

๐Ÿ“ Kuala Lumpur (KLIA) โ€“ Istanbul (Ist)

 

Day 2

Istanbul:

๐Ÿ“ Check-in hotel – THE LEGEND PLATINE SUITE (TAKSIM ISTIKLAL)

Dari airport: Subway Ataturk Havimali Station โ€“ Taksim Station (ada pertukaran subway) Yuran: 2.60 Lira seorang

๐Ÿ“ Taksim Square

Transportation: Walk

Berdekatan kawasan hotel. Dekat sini berdekatan bulatan besar itu ada satu Watson yang akan membuatkan kaum wanita histeria. Haha. Watson dia macam mall wei. Macam-macam barang kosmetik rare yang tak ada di Malaysia, ada. Kau orang boleh cuci mata dekat sana.

๐Ÿ“ Taksim Istiklal

Transportation: Walk

Berdekatan Taksim Square. Di sinilah tempat tram klasik merah tu. Sepanjang jalan merupakan tempat shopping dan kafe-kafe menarik yang buat kau orang rasa nak cuba manisanโ€“manisan kat situ.

๐Ÿ“ PATATOS (Kumpir)

Transportation: Walk

Kafe yang menjual kentang rebus gemuk yang korang boleh tambah macam-macam topping. Try la, best.

๐Ÿ“ Galata Tower

Transportation: Walk

Kau orang jalan depan lagi dari Taksim Istiklal, akan sampai Galata Tower. Kalau korang rajin, naiklah tower tu. Elok awal pagi kalau nak naik. Kurang ramai sikit.


Day 3

๐Ÿ“ SULTANAHMET SQUARE

Transportation: Subway

Taksim Station โ€“ Kabatas โ€“ Sultanahmet Station

๐Ÿ“ BLUE MOSQUE

Transportation: Walk

Jalan kaki dari Sultanahmet Square. Masuk percuma.

Kalau yang free hair bawa tudung atau skaf. Kalau tak, kena pakai skaf biru yang disediakan.

Belakang masjid ini ada bazar bunga dan pets kalau korang nak usha biji benih pokok. Hari itu beli biji benih tulip dekat sini.

Trip Bajet Turki

๐Ÿ“ HAGIA SHOPIA

Transportation: Walk

๐Ÿ’ฐ Fee: 60 Lira

Kena beratur sikit. Nampak macam line panjang tapi laju.

Semasa beratur kau orang akan di offer skip the line dan ada tour guide. Harga di offer dalam 80โ€“90 lira seorang. Terpulang kalau kau orang nak info korang boleh ikut dia orang. Kalau kau orang jenis nak ambil gambar dan tak nak diganggu ada orang ikut korang masuk sendiri sahaja. Jadi nak lepak lama atau sekejap dalam tu kau orang tentukan.

Trip Bajet Turki

๐Ÿ“ GRAND BAZAAR

Transportation: Walk

Shopping port paling best di alam semesta. Hahah. Memang boleh habis berjam-jam dalam ini. Semua barang dia cantik. Stand by duit sahaja. Rasa nak beli macam-macam souvenier.

๐Ÿ“ SPICE BAZAAR

Transportation: Walk

Ini pun area melontar duit jugak ini. Kat sini macam-macam manisan korang boleh cuba. Dan pelbagai jenis teh yang rare ada dekat sini.

Trip Bajet Turki

๐Ÿ“ GALATA BRIDGE

Transportation: Walk

View dekat sini sangat cantik. Boleh nampak Galata Tower dari seberang. View superb. Dekat bawah Galata Bridge, ada satu restoran yang korang boleh cuba Osmali balik dan cuba menu Balik Ekmek (sandwich ikan).

Balik hotel: Subway

Trip Bajet Turki

Trip Bajet Turki

Day 4

๐Ÿ“ CAPPADOCIA

Jam 7.15 pagi (IST) โ€“ 8.45 pagi (NAV) (1 jam 30 minit)

Book airport transfer siap-siap dengan hotel sebab tak ada train di Cappadocia. Teksi akan lebih mahal.

Sampai di hotel Relic House dalam jam 9.15 pagi. Kalau kau orang sampi time macam ini kau orang masih sempat untuk ikut tour-tour yang ada sebab kebiasaan tour bermula jam 9.30 pagi. Disebabkan di Cappadocia kami nak rilek bersantai sahaja sebab dah penat di Istanbul maka kami decide lepak di terrace hotel sambil tengok view dan rancang aktiviti seterusnya.

Check-in and rest sekejap dan plan for sunset. Maybe penat sebab kena bangun awal pagi untuk ke airport.

๐Ÿ“ SUNSET @ GOREME (GOREME HATIRASI)

Berdekatan dengan hotel kami. 10 minit mendaki ke puncak bukit untuk melihat sendiri kecantikan sunset di Cappadocia. Ingatkan kena cari tour kalau nak pergi tengok sunset. Rupanya depan hotel je. Jimat banyak duit. Haha.

The view is superb! Trust me. Kami pergi musim salji. Tak ada lah panas sangat atas bukit tu.

Trip Bajet Turki

๐Ÿ“ PEKAN KECIL CAPPADOCIA

Malam di sekitar hotel tu ada kawasan restoran dan kedai-kedai souvenier kalau nak cuci-cuci mata. Ada jugak kedai-kedai karpet yang agak besar kalau nak curi-curi ambil gambar sebab tak boleh sebenarnya. Haha. Pandai-pandai la nak hidup. LOL.

 

Day 5

๐Ÿ“ SUNRISE (WATCHING HOT AIR BALLON)

Seawal subuh kami dah memanjat bukit tengok sunset semalam untuk tengok sunrise pulak. Lokasi yang sama tapi boleh tengok duaโ€“dua . Pagi ini disajikan pemandangan indah belon udara panas naik atas kepala. SubhanAllah sangat cantik. Tak tergambar dengan perkataan.

๐Ÿ“ RED TOUR CAPPADOCIA

Yuran: RM99

Beli online di Klook. Dia orang akan ambil di hotel.

Ada macamโ€“macam tour sebenarnya. Green Tour, Yellow Tour, Blue Tour dan Red Tour. Semua destinasi berlainan. Jadi ikut la selera kau orang. Harga berlainan. Kau orang kene survey juga sebab pakej-pakej ini ramai sahaja jual, tengok la mana yang murah. Aku beli Klook sbb ada promosi hari itu.

๐Ÿ“ Itinerary Red Tour:

โ€ข 9:30am – pick up from your hotel
โ€ข 10:30am – Devrent Valley
โ€ข 11:30am – Pasabag also known as Monks Valley
โ€ข 12:00am – Avanos
โ€ข 12:30pm – visit a workshop to watch a live pottery demonstration
โ€ข 1:00pm – have lunch
โ€ข 2:00pm – Goreme Open-Air Museum
โ€ข 3:00pm – visit a panoramic spot near Goreme to enjoy stunning views over Cappadocia
โ€ข 4:00pm – Uchisar Castle
โ€ข 5:00pm – drop off at your hotel

Trip Bajet Turki

Day 6

๐Ÿ“ SUNRISE

Sebenarnya ada niat nak naik belon udara panas hari ini. Tapi tengah berkiraโ€“kira duit juga sebab ada trip Jepun selepas ini. So tak jadi la nak naik. Maka kami decide untuk sekali lagi melihat belon naik di port semalam. Tapi memang tak ada rezeki. Harini angin kuat, maka belon tak naik. Huhu.

Sebenarnya ikut nasib belon ni boleh terbang. Tak sepanjang masa dia akan terbang. Ikut rezeki masing-masing. Ada tu datang Cappa tak nampk langsung ballon terbang. Musim kau orang pergi main peranan.

Harga Standart Hot Air Ballon bagi sesiapa yang nak buat bajet:

๐Ÿ“ Antara pilihan yang ada :

1. Royal Ballons : 150 Euro
2. Kapadokya Ballons : 175 Euro
3. Buterfly Ballons : 150 Euro
4. Turkey Ballons : 130 Euro
5. Sultan Ballons : 125 Euro

Biasanya kau orang boleh deal dengan hotel korang duduk untuk pakej ini. Nak cari dekat sana. Kalau ada promo mungkin lagi murah. Kena rajin cari la.

Trip Bajet Turki

๐Ÿ“ CHECK OUT CAPPADOCIA

Jam 1 petang kami check-out dan terus ke Kayseri Airport untuk ke Izmir. Flight jam 4.10 petang hingga 8.45 malam (transit 2 jam di Istanbul (SAW).

๐Ÿ“ CHECK IN IZMIR

๐Ÿ“ KISAH TRAGIS IZMIR

Sampai di airport kami di ambil oleh airport transfer yang telah disediakan oleh hotel. Dalam 5km berjalan kami melalui road block police dan van kami ditahan. Cek passport segala bagai tapi kami cool ja sebab tau tak ada apa yang salah.

Lama gila kereta kami kena tahan, dekat setengah jam. Yang menjadi tragisnya van kami tu ditarik oleh truk tunda polis dan kami kene turun dan tunggu tepi jalan. DEMM! Masing-masing dah start stress.

Tapi mungkin Allah nak bantu. Datang satu teksi besar bonet dia yang mampu menampung beg kami yang banyak tu dan berhimpit la kami satu teksi 5 orang. Haha. Nasib la tak jauh sangat.

Sampai di hotel memang kene marah la reception tu uruskan airport transfer entah apa-apa. Mood dah kelaut masingโ€“masing, nasib dah malam. Check-in dan berehat.

HOTEL APART ALSANCAK โ€“ nasib la Apartment ni nice gila dan selesa

 

Day 7

Hari ini plan nak rondaโ€“ronda Bandar Izmir. Dekat Izmir ini ada dua kawasan yang korang boleh stay iaitu Konak dan Alsancak. Aku stay Alsancak sebab masa survey hotel tu berkenan dekat Alsancak. Tapi banyak lagi attraction dekat Konak. Tapi jangan risau. Tak ada la jauh sangat tempat duaโ€“dua ni. Boleh akses dengan subway.

Pas IstanbulKart tak boleh guna di Izmir. Di Izmir ada IZMIRIM KART. Konsep sama macam Istanbulkart dan boleh beli di dalam station (Izban Alsancak).

๐Ÿ“ KONAK ISKELE

Transportation: Subway dari Alsancak Station ke Konak Station.

Kawasan ini tepi laut. Turun dari subway dah boleh nampak. Boleh la nak jalanโ€“jalan tepi laut tapi dia tak ada pantai.

๐Ÿ“ YALI MOSQUE

Transportation: Walk

Masjid terkecil di tengahโ€“tengah bandar Izmir.

Trip Bajet Turki

๐Ÿ“ CLOCK TOWER

Berhadapan dengan Yali Mosque. Menjadi mercu tanda kepada bandar Izmir.

๐Ÿ“ KEMERALTI BAZAAR

Transportation: Walk

Bazar ini besar ya dan seronok. Haha. Macamโ€“macam ada jual dekat sini. Tak sesesak Grand Bazzar. Tapi tak banyak jual barangan souvenier. Mungkin bukan tumpuan pelancong sangat. Tapi tempat ini berjam-jam pun tak habis. Memang layan lagi-lagi bawa geng suka shopping. Rajin la melayan.

๐Ÿ“ HAVRA STREET โ€“ Balukci Restaurant

Transportation: Walk

Terletak dalam Kemeralti Bazaar ada sebuah restoran best berdekatan Pasar basah havra street. Aku ada show dlm video. Selesa dan masakan dia best. Repeat dua kali makan kedai ini hari ini dan esok. Haha.

Pulang ke hotel menaiki subway ke Alsancak.

 

Day 8

๐Ÿ“ EPHESUS ANCIENT CITY
๐Ÿ’ฐ Yuran: 60 Lira

Highlight for this trip. Dari hotel kami ke Station Izban Alsancak. Beli tiket tren ke Selcuk bersamaan 7 lira sehala. Perjalanan mengambil masa hampir 2 jam dan ada pertukaran train di Tepekoy.

Sesampai di stesen Selcuk kami ambil teksi ke Ephesus Ancient City yang mengambil masa lebih kurang 10 minit bersamaan 30 lira.

Tempat ini memang sangat nice. Lagi awal sampai lagi bagus. Lagi lambat lagi ramai orang.

Kawasan ini penuh dengan kucingโ€“kucing cantik, lagi-lagi di hujung jalan keluar seperti melambaimu pulang.

Kami ke stesen semula menaiki teksi dan sama seperti proses datang.


Day 9

๐Ÿ“ IZMIR – ISTANBUL

Jam 7.30 pagi hingga 8.35 pagi kami dah terbang ke Istanbul semula. Last day in Istanbul.

Kami tinggalkan beg di lobi hotel dan sambung ronda di Istanbul. Misi terakhir shopping la perabih lira yang ada. Haha dan keesokkannya kami pulang.

 

Day 10

๐Ÿ“ Istanbul โ€“ Kuala Lumpur

Flight
jam 3 petang. Selepas check-out kami menaiki airport transfer ke airport. 30 lira seorang. Jam 11 pagi kami dah bergerak ke airport. Lebih awal lebih bagus. Tak kalut.

 

Day 11

๐Ÿ“ Kuala Lumpur
SAFELY HOME! THE END.

 

๐ŸŒธ Maka berakhirlah sudah tip-tip yang aku mampu share untuk kau orang. Harap membantu dalam urusan kau orang ke sana nanti. Thanks sebab selalu support . XOXO #Travelerensem

**Artikel ini diambil dengan izin daripada Hang Dhamin. Untuk ikuti beliau, anda boleh ke sini.

Gigih betul dia ukir coklat semata-mata nak bentukkan jadi jarum jam.

5 Karya Seni Pastri Coklat Chef Amaury

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.