β€˜Be Firm!’ Baca Perkongsian Gadis Ini Dipermainkan Supir Semasa Bercuti Di Lake Toba

TRIP TO LAKE TOBA (4 HARI 3 MALAM)

Trip kali ini mencabar sebab banyak dugaan. Kalau nak dengar rintihan kami jemput baca sampai habis. πŸ˜‚ First of all, patutnya kami turun dekat Silangit, tapi AirAsia batalkan route Silangit elok je dekat tarikh yang kami pilih. Haha. Jadi dalam terpaksa turun la dekat Medan. Oh before that, trip kami pakai supir yang full pakej, just bawak duit untuk shopping or anything extra. Disebabkan semua tempat jauh-jauh kami recommend untuk pakai supir untuk senangkan hidup. Okey, jom start itinerary.

Β 

Hari Pertama (Medan – Prapat)

– Touchdown di Kualanamu Airport pada jam 5.20 petang. Sepatutnya sampai jam 9.45 pagi tapi flight delayed sampai 6 jam 5 minit. πŸ˜… Jadi sampai lambat, kena bayar parking supir sebab dia tunggu daripada pagi and first day punya plan semua tak jadi. πŸ˜– Tapi tak apa, boleh claim insuran, macam mana nak claim boleh search dekat group post yang saya share sebelum ni.

– Late lunch di Ayam Penyet Cindelaras. Ayam penyet dekat sini sedap, rangup dan sambal pedas. Recommended. πŸ‘πŸ»

Trip Lake Toba

Trip Lake Toba

– Bertolak ke Prapat. Dari Medan nak ke Prapat ambil masa lebih kurang 4 ke 5jam (sorry tak ingat smpai Medan jam berapa). Jalan nak ke Medan sangat scary dan gelap. Disebabkan saya dah baca posting yang orang share jadi dah siap-siap ready telan ubat muntah dua biji, rupanya masuk kereta terus dizzy tertidur sampai Prapat. πŸ˜‚ Jadi yang tak tahan jalan pusing-pusing, beli ubat muntah ya.

– Sampai Prapat kami cari random kedai yang jual Bakso untuk makan malam, sorry tak ingat nama kedai sebab pusing-pusing cari sahaja.

– Check in Hotel Atsari. Antara 3 hotel yang kami duduk, Hotel Atsari yang paling selesa. Highly recommended. πŸ‘πŸ»

Β 

Hari Ke-2

– Sarapan di Hotel Atsari. Sarapan sini buffet style. Banyak pilihan. πŸ‘πŸ»

– Naik feri ke Pulau Samosir. Ada dua pilihan, naik feri bersama kereta atau feri untuk orang sahaja. Kami naik feri untuk kereta, luas boleh muat lebih kurang 20 biji kereta. Lebih kurang sejam dalam feri, akan ada adik-adik menyanyi, then boleh bagi tip.

54729350_2471844639552480_7504195034556661760_n

– Kampung Tomok. Kami pergi pasar dulu untuk beli souvenirs. Kena pandai tawar. Boleh dapat RM1 sahaja untuk key chain. Souvenirs kami banyak dari sini. Then kami pergi ke tempat Patung Sigali-gali.

Trip Lake Toba

Yang suka history boleh datang sini untuk belajar sejarah Kaum Batak, mengenai patung Sigali-gali, rumah dan sebagainya. Kami bayar 80,000 rupiah (+-RM22.89) untuk dengar cerita dan diajak untuk menari. Yang ini tak nak pun tak apa.

Trip Lake Toba

– Lunch di Rumah Makan Muslim Maulana. Makan nasi campur biasa sahaja, tapi nak recommend rumah makan ini sebab view dekat opposite cantik sangat.

Trip Lake Toba

– Menara Pandang Tele. Ada 3 tingkat di menara, boleh la panjat satu-satu. Haha. kami tak spend masa banyak sangat dekat sini.

– Hotspring Aek Rangat Pangururan. Not in the plan, tapi not bad tempat ini. Boleh tengok gambar. Kalau tengok Google Images banyak lagi spot cantik, tapi kami tak jumpa cari. 😭

– Check-in Hotel Carolina. Kipas dan aircond tak disediakan, jadi request la kipas ya kalau tak, berpeluh la dalam bilik. Tapi still view dekat hotel ini cantik.

– Dinner di Rumah Makan Islam Mami Tempo. Suka sebab dapat rasa makanan macam dekat rumah. Tempe rangup.

Β 

Hari Ke-3

– Breakfast di Hotel Carolina. Bukan buffet. Ada tiga pilihan menu. Lepas makan ambil gambar dekat sekitar hotel. Sekali lagi, view cantik.

Trip Lake Toba

– Naik feri di Pelabuhan Simanindo. Feri dekat sini kecil, boleh muat dalam 8 kereta. Jadi make sure alert dengan masa schedule, kalau tak nanti penuh lambat la nak tunggu next ferry. Masa dalam feri lebih kurang 30 minit.

– Bukit Indah Simarjarunjung. Okey dekat sini spot untuk ambil gambar bersama props, basikal gantung dan sebagainya. Kami naik atas sekali sebab lagi cantik dari yang bawah-bawah tapi atas mahal sikit sebab bayar per spot. Kami cuma ambil gambar di dua spot sahaja. Ada spot yang mahal, ada yang murah. Kami bayar lebih kurang 30,000 rupiah.

Β 

Trip Lake Toba

– Lunch di Rumah Makan Suroboyo Tongging. Yang ini sangatttt recommended. Makanan sedap dan view nak nangis tengok. Boleh nampak air terjun Sipiso-piso dari sini.

– Air Terjun Sipiso-piso. Kami spend dalam 15 minit macam tu sahaja sebab tak turun bawah. Haha. Sorry la tak cukup fit nak turun. 😝

– Sapo Juma Tongging Garden aka taman seribu bunga. Yang ini nak feeling hindustan boleh ambil gambar dekat sini.

– Pasar Brastagi. Kami datang sini untuk makan jagung bakar. Then cuba buah salak madu, avokado. Strawberi pun ada dekat sini. Kami beli kerepek buah 100,000 rupiah untuk 5 paket (mula-mula dia jual harga sama untuk 3 paket πŸ˜…).

– Check in Hotel Green Garden. Pun tak ada kipas or aircond, tapi at least ada ventilation dalam bilik so tak perlu request kipas. Hotel very basic.

– Dinner Mee Aceh depan hotel then singgah Indomaret (jalan kaki).

Β 

Hari Ke-4

– Breakfast di hotel. Tiada buffet, kena pilih menu juga.

– Bertolak ke Medan. Perjalanan dari Brastagi ke Medan lebih kurang dua jam. Jadi, makan ubat muntah ya. Jalan berliku-liku.

– Singgah makan durian di Pondok Durian Ula Lupa. Kami makan sebiji durian dalam 21,000 rupiah.

– Bika Ambon Zulaika. Bika kecil 40,000 rupiah, Bolu gulung 60,000 rupiah.

Trip Lake Toba

Trip Lake Toba

– Singgah Istana Maimun untuk beli souvenirs sebab baca orang cakap murah, tapi tak perlu kot. Beli dekat kampung tomok cukup dah.

– Lunch di Wong Solo.

– Bertolak ke Airport Kualanamu

Β 

Okey untuk part rintihan:

– Kami sangat tak puas hati dengan supir yang kami dapat. Sorry disebabkan tak nak bergaduh saya tak nak mention nama supir tersebut. Cukup dengan hint Pak Da****.

– Kami book agen ini dengan agen Malaysia yang dapat dari group ini juga. πŸ˜‚ Tapi nasib masing-masing kan. Nasib kami tak baik, sepanjang trip kami perlu fight untuk dapatkan apa yang kami nak, which is dah dalam itinerary, tapi dia jenis nak cut semua nak bawa yang dekat-dekat sahaja.

– Disebabkan jari saya dah penat taip banyak sangat, saya cerita sikit apa yang dia buat dekat kami. Kalau rajin nanti saya edit taip lagi. Total benda dia mengelat sebanyak 7 benda. Yes, kami kira. πŸ˜‚

Okey, ikutkan itinerary kami request untuk pergi ke Hotspring Sipoholon. Saya dah deal dengan agen Malaysia tentang ni. Bila saya dapat itinerary saya perasan dia tulis hotspring sahaja tak tulis tempat. Jadi saya tanya agen, hotspring dekat mana sebab saya nak pergi Sipoholon taknak hotspring lain.

Then dia cakap dia tanya supir and supir dah cakap yang hotspring di Sipoholon. Jadi saya edit balik itinerary and letak kan nama Sipoholon di itinerary hotspring. Then saya minta agen forward dekat supir balik and inform kan saya dah edit letak nama.

Then saya dah rechecked, dia dah forward. Okey bila smpai hari pertama, saya jenis akan tanya esok nak buat apa, walaupun dah tahu, sebab nak tengok dia ingat ke tak. Then dia sebut la pergi blablabla and hotspring. Then saya tanya dia hotspring mana? Sipoholon kan? Dia cakap ya Sipoholon, kak. Saya cakap lagi sekali saya tak nak pergi tempat lain, saya nak Sipoholon sahaja dan dia cakap okey kak, Sipoholon kak.

Trip Lake Toba

Bila hari kedua, dah seberang ke Pulau Samosir baru dia cakap kak kita pergi hotspring dekat-dekat sini ya, sebab kita dah seberang pulau, kalau pergi Sipoholon ambil masa 3 jam, nanti semua tempat tak sempat.

Boleh bayang tak perasaan masa tu? Pandai dia guilt kita smpai kita terpaksa korbankan tempat. Saya actually okey je kalau awal-awal cakap tak sempat ke jauh ke, yang ini dah smpai masa nak pergi baru tiba-tiba tak sempat? Haishh panjang nak bebel lagi, kalau ikutkan jari tak lenguh panjang lagi nak taip ini. 😌

Β 

Nasihat saya untuk yang pakai supir:

– Be firm. Fight for your right. Kami fight banyak benda untuk itinerary kami. Kalau tak sila tidur hotel jelah ya.

– Bawa lelaki, sebab saya ada baca dengan perempuan dia orang berani sikit. But idk, nasib masing-masing.

– Jangan percaya feedback orang sangat. πŸ˜‚

Okey, sekian.

**Artikel ini diambil daripada Nik Nurul Kamila. Untuk ikuti beliau, anda boleh ke sini.

Β 

Cheese dia melimpah ruah sungguh.

Homemade Pizza @Beb Stoneoven, Kajang

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.