Chef Wan Selar Tindakan Usahawan Kosmetik Guna Bahasa Kasar Kritik Kedai Makan

Chef selebriti terkenal tanah air, Chef Wan menyelar tindakan usahawan kosmetik iaitu pengasas JenamaSendiri.Com, Amin Abdullah kerana menggunakan bahasa kurang sopan ketika membuat ulasan makanan di sebuah restoran di Melaka baru-baru ini.

Usahawan Kosmetik Kritik Kedai Makan
Sumber: FB

Isu tersebut tular di media sosial apabila anak pemilik restoran berkenaan meluahkan perasan kecewa atas kritikan kasar tersebut. Dia menyatakan rasa kesal terhadap sikap usahawan kosmetik itu yang dilihat seolah-olah cuba menutup periuk nasi keluarganya.

https://twitter.com/FarisMuhammad_/status/1109111044805263360

Usahawan Kosmetik Bahasa Kasar
Sumber: Twitter FarisMuhammad
Usahawan Kosmetik Kritik Kedai Makan
Sumber: Twitter FarisMuhammad

Bagaimanapun, usahawan tersebut menyangkal dakwaan yang dilemparkan terhadapnya dengan mempertahankan segala komen yang diberikan bukanlah sebagai satu cacian terhadap peniaga restoran itu sebaliknya merupakan kritikan bersifat telus, tidak berat sebelah atau menjaga hati mana-mana pihak.

Sikapnya itu mendapat pelbagai reaksi netizen termasuklah Chef Wan.

Menurut Chef Wan, walaupun setiap individu mempunyai hak untuk mengkritik tetapi perlu melakukannya dengan cara berhemah dan bukannya seperti mencaci.

“Saya pun macam orang lain, pernah makan dan kecewa dengan rasa masakan itu tapi untuk merendahkan mereka dengan caci hamun adalah kurang ajar. Senang cakap, itu bukan style orang Melayu kita.

“Dan bukan pula tak boleh complaint, sebaikya tegurlah secara berhemah.

“Kita tak boleh nak jadi terlalu sombong, angkuh dan rasa berkuasa. Untuk apa menyakitkan hati orang?”

Tambahnya, walaupun sudah bergelar profesional dan berada lebih 30 tahun dalam dunia penyediaan makanan, beliau sendiri tidak berani menggunakan bahasa kesat untuk mengkritik masakan mana-mana tukang masak.

Daripada mengkritik kasar, sebaiknya usahawan itu sepatutnya memberi idea menambah baik resipi.

Apa yang penting, jika membuat ulasan makanan walaupun tanpa dibayar, moleknya jika dilakukan secara berhemah tanpa menjatuhkan air muka seseorang. Jangan samakan budaya barat yang lantang memberi kritikan negatif sebaliknya kritiklah secara sopan tetapi tegas.

Sumber: MStar