Guna 4 Cara Ini Agar Pisang Tidak Terlalu Cepat Masak

Buah pisang selain menyihatkan tubuh badan, juga mengenyangkan. Hal yang menjadi masalah apabila menyimpan pisang di rumah, pasti buahnya cepat masak dan sukar untuk dimakan dalam tempoh lama. Akhirnya, buah menjadi lembik dan busuk, terpaksa kita buang.

Bagi mengelakkan pembaziran, cubalah petua ini.

pisang tidak terlalu cepat masak
Sumber: Reddit

1. Campur semua jenis pisang dalam satu bekas

Bagi mengelakkan pisang cepat matang, campur apa-apa jenis pisang dalam satu bekas. Campurkan sahaja pisang yang telah masak dengan pisang muda.

Pastika sebelum membeli buah pisang, cari pisang yang belum ada bintik-bintik coklat; menandakan pisang sudah masak. Juga penting membeli pisang yang elok rupanya kerana jika membeli pisang yang sudah cacat atau rosak sedikit akan mempercepatkan proses kematangannya.

2. Jangan terdedah kepada cahaya

Jika pisang yang dibeli sudah cukup masak, lapikkan kain atau tuala pada pisang. Kurangkan pendedahan cahaya matahari agar buah pisang dapat disimpan lebih lama kerana udara panas akan mempercepatkan proses kematangan.

pisang tidak terlalu cepat masak
Sumber: Pinterest

3. Jangan campur pisang dengan buah-buahan lain

Pastikan buah pisang diasingkan daripada buah-buahan lain kerana akan menyebabkan semua buah yang dicampur cepat matang.

Selain itu, jangan menyimpan buah pisang dalam peti sejuk kerana akan membuatkan kulit pisang menjadi coklat kehitaman. Ia disebabkan suhu sejuk memecahkan sel kulit pisang sehingga menyebabkan pisang menjadi lebam tetapi isi dalamya masih mentah.

4. Guna pembalut plastik

Balut sekitar batang pisang dengan pembalut plastik untuk kekalkan kesegaran pisang dalam beberapa hari. Jadi anda tidak perlu khuatir jika pisang masak terlalu cepat.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Food. Detik