Taman Tema Terbesar Di Dunia Kini Dibuka

Dengan 26 permainan besar dan 2,117 permainan kecil, Taman Tema Wonderland Eurasia di ibu negara Turki iaitu Ankara bakal dinobatkan sebagai taman tema terbesar di dunia.

Kesemuanya permainan ini ditempatkan dalam 13 khemah gergasi dan kawasan luar yang cukup luas bakal menyajikan pengalaman menakjubkan untuk semua pengunjung.

Taman Tema Terbesar
Sumber: CDN

Kalau anda memang jenis gilakan cabaran, di taman tema ini anda boleh menaiki roller coasters terbesar yang bukan sahaja bakal membuatkan anda berpusing, malah hampir menjejak tanah!

Kata pemilik taman tema ini, roller coaster ini mempunyai pusingan paling tajam di dunia.

Taman Tema Terbesar

Bukan itu sahaja, anda juga boleh menikmati pemandangan bandar dari ketinggian 75 meter apabila menaiki roda putar, menonton teater dan pertunjukan hologram serta animasi interaktif.

Taman Tema Terbesar

Ada juga air terjun yang boleh memancut setinggi 120 meter, lebih dua juta spesis tumbuhan dan pokok yang membolehkan pengunjung melihat model tempat-tempat penting di Turki dengan menaiki bot.

Taman Tema Terbesar

Dengan keluasan tempat parkir yang boleh menampung 6,800 kereta dalam satu-satu masa, taman tema terbesar di Turki ini menjangkakan bakal menerima lebih 5 juta pengunjung tempatan dan luar negara setiap tahun.

Taman Tema Terbesar

Kalau ada yang berminat untuk jadi yang pertama memasuki taman tema terbesar ini, harapnya sediakanlah ongkos lebih sikit. Kalau dah diiktiraf sebagai kawasan taman tema terbesar, bayaran masuk pun mestilah besar juga kan?

Sumber: Metro UK

Tak perlu lagi meleleh air liur tengok rancangan makan Korea. Dekat Malaysia pun dah ada lah.

SeoulNami Korean BBQ, The Gardens Mall – #CubaRasa MakanLena

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.