AirAsia merupakan salah satu syarikat yang dilihat sentiasa mengorak satu langkah ke hadapan dalam memperbaharui dan memperbaiki sistem mereka kepada yang lebih baik.
Kali ini, AirAsia kembali dengan memperkenalkan laman web kerjaya global baharu yang membolehkan orang ramai mengakses dan menerokai lebih banyak peluang kerjaya yang ditawarkan AirAsia.
Usaha ini menjadi lebih menarik kerana platform tersebut akan menawarkan akses yang lebih cepat dan mudah mengenai proses pengambilan, testimoni Allstar (kakitangan AirAsia), faedah yang ditawarkan dan budaya kerja syarikat.

Menerima lebih satu juta permohonan pekerjaan setiap tahun di peringkat global, platform ini memberikan peluang kepada semua pencari kerja untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang syarikat dan kerjaya yang ditawarkan.
Platform ini dilancarkan bersempena dengan ‘People First Day’ AirAsia bagi mengetengahkan faedah pekerja, program teknologi, inisiatif pembelajaran dan pembagunan.
Bagi yang berminat untuk memulakan kerjaya di AirAsia bolehlah melawat ke laman ini.
Sumber: AirAsia
Bukan main kreatif orang Malaysia kan?
6 Menu Nasi Lemak Unik Di Malaysia
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.