Bukan Biasa-Biasa! Rakyat Nigeria Sanggup Pesan Piza Dari London

Rakyat Negeria memang bukan biasa-biasa.

Nak tahu kenapa?

Mereka sanggup memesan piza secara atas talian dari London dan menggunakan khidmat penghantaran pesawat British Airways.

Rakyat Nigeria Pesan Piza Dari London
Sumber: CNBC

Perangai rakyat Nigeria yang bukan biasa-biasa ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati Menteri Pertanian, Audu Ogbeh dan menyifatkan perlakuan tersebut adalah amat menjengkelkan.

Beliau yang melahirkan rasa kerisauannya menyatakan bahawa Nigeria berhabis terlalu banyak untuk mengimport barang-barang dari luar berbanding mengeksportnya ke luar.

“Mereka beli di London, bawa menggunakan British Airways dan mengambilnya di lapangan terbang pada waktu bagi. Situasi ini amat menjengkelkan dan kita perlu bergerak dengan cepat bagi membanterasnya.” – Audu Ogbeh

Kerajaan Nigeria sedang berusaha untuk mengawal kadar pengimport barang-barang yang terlalu menuntut dan ‘merosakkan’ negara. Setiap tahun, Nigeria memerlukan 18 juta dolar untuk mengimport pencungkil gigi serta 400 juta dolar bagi puri tomato.

Rakyat Nigeria Pesan Piza Dari London

Sedangkan, jika dibeli di Nigeria, rakyat hanya perlu membayar kurang dari N2,000 (+-RM22.57) untuk sebakul tomato. Kerugian yang dialami oleh peladang adalah disebabkan oleh ketiadaan dana untuk pemproses membina kilang sendiri.

Oleh itu, sebagai langkah mengurangkan perbelanjaan import, kerajaan Nigeria telah membina dua buah kilang tomato bagi memproses tomato untuk dijadikan puri supaya Nigeria tidak perlu mengimportnya dari luar.

Ada pengguna yang berpendapat, perbuatan rakyat Nigeria itu tidak salah. Namun, jika anda lihat dari segi penjanaan ekonomi negara, perbuatan mengimport barangan dari luar merupakan kerugian kepada kerajaan jika dibandingkan dengan pembelian barangan dalam negara yang akan menjana ekonomi negara.

Sumber: Metro UK

Cantiknya coklat Chef Amaury ini!

5 Karya Seni Pastri Coklat Chef Amaury

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.