Bekas Pekerja Dedah Gambar Kawasan Kotor Dapur KFC, Siap Ada Tikus!

Seorang lelaki mendedahkan kawasan belakang restoran makanan segera terkenal KFC tempat beliau bekerja dahulu yang berada dalam keadaan kotor dan bersepah.

Sebelum meninggalkan premis berkenaan, pekerja berkenaan telah mengambil beberapa keping gambar sebagai bukti kawasan belakang restoran makanan segera itu tidak sebersih seperti di kawasan hadapan.

Sampah berselerak di lantai, satu kampit tepung tumpah di kawasan dapur serta cop tanda tikus jatuh di permukaan kawasan kerja merupakan antara insiden yang sempat beliau rakam.

Tikus Di KFC

 

Tikus Di KFC

Bekas pekerja KFC itu memberitahu ada satu ketika beliau pernah ‘bertentang mata’ dengan seekor tikus di kawasan tingkap semasa datang bertugas pada jam 6 pagi.

Ada kampit tepung sudah bocor dibiarkan sehingga menyebabkan tepung tumpah ke atas lantai dan menjadikan kadar pencemaran makanan semakin tinggi.

Tikus Di KFC

“Mereka kata ada masalah pengawalan racun serangga yang tidak dapat mereka atasi. Kawalan sudah dibuat tetapi tikus masih lagi datang.

Jika tikus masuk ke dalam kampit tepung, ada kemungkinan besar untuk makanan tercemar. Saya juga pernah lihat mereka di mesin pembuat kopi dan cawan. Perkara ini amatlah membimbangkan.

Mereka telah melanggar prosedur kerana tetap menjalankan operasi walaupun teradapat tikus-tikus yang berkeliaran.”

Kalau anda lihat di bawah ini, kawasan penyimpanan barangan memasak pun dibiarkan berselerak, ada yang hanya diletakkan di atas lantai sahaja!

Tikus Di KFC

Tikus Di KFC

Tikus Di KFC

Sebelum ini, ada saksi pernah mendakwa terlihat kelibat tikus melalui kawasan pandu lalu dan kawasan makan. Namun pada masa tersebut, pihak KFC mendedahkan isu tersebut bukanlah sesuatu yang besar kerana tikus tersebut datangnya daripada kawasan luar.

Nasib baiklah kejadian ini di luar negara. Harapnya di Malaysia tak adalah sampai begini sekali kotornya kawasan belakang KFC.

Sebab itu pentingnya juga kita ‘jenguk-jenguk’ kawasan belakang kedai makan. Sebab ada sesetengah pengusaha hanya pentingkan kebersihan kawasan depan sahaja. Bila di kawasan belakang… Nauzubillah teruknya.

Sumber: Metro UK

Boleh tahan juga Salt Bae punya tahap poyo.

13 Gaya ‘Poyo’ Salt Bae Dalam 3 Minit

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.