Bersempena dengan pertabalan maharaja Jepun baharu bulan depan, sebuah restoran di Tokyo ada menyediakan menu burger daging wangyu berwarna keemasan yang bersaiz seperti sebiji bola sepak.
Dijual dengan harga 100,000 yen (+-RM3,684.24), burger daging wangyu seberat 3 kilogram yang sudah mula dijual bermula semalam dicipta bagi meraikan maharaja dan era baharu Jepun iaitu Era Reiwa.
Burger yang mempunyai ukur lilit burger sebesar 25 sentimeter ini dilapisi dengan kepingan hati itik, hirisan daging lembu Jepun dan trufel parut disediakan oleh Cef Patrick Shimada.
Beliau yang bertugas di Oak Door Steakhouse di daerah Roppongi, Tokyo menyediakan hidangan burger untuk maharaja Jepun ini disediakan dengan cara Amerika tetapi menggunakan bahan-bahan dari Jepun.
Mencipta hidangan ini kerana mahu merasa lebih dekat dengan darah warisannya iaitu Jepun dan Amerika, Cef Patrick Shimada memberitahu menu tersebut akan disediakan sehingga akhir Jun bersama sebotol wain.
Maharaja Akihito bakal turun dari takhtanya hujung April ini menjadikan sistem pemerintahan monarki yang pertama turun takhta dalam tempoh 200 tahun dan menyerahkan takhta kerajaan bunga kekwa kepada anakandanya.
Sumber: Berita Harian Online
Kalau ramai orang pilih maknanya lawa dan selesa la tu.
5 Pulau Pilihan Utama Pelancong Ke Phuket
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.