Seorang lelaki membuktikan definisi ‘solo trip’ yang sebenar adalah menaiki pesawat sebagai satu-satunya penumpang ke destinasi pilihannya.
Semasa menempah tiket untuk menghadiri percutian bermain ski di Itali, Skirmantas Strimatis tidak pernah terfikir bahawa beliau akan menjadi satu-satunya penumpang dalam pesawat Boeing 737-800.
Dengan kapasiti tempat duduk sebanyak 189 buah, Skirmantas memberitahu beliau terasa sesuatu yang tidak kena semasa pendaftaran masuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Vilnius, Lithuanis kerana diberitahu kakitangan pesawat sedang menunggunya.

Apabila ditanya adakah dia sudah lewat, Skirmantas dimaklumkan bahawa dia satu-satunya penumpang pesawat dari Vilnius ke Bergamo, Itali itu bersama dengan dua juruterbang dan lima kakitangan lain.
Untuk mengelakkan pesawat pulang dari Itali ke Vilnius tanpa penumpang, pihak syarikat penerbangan telah melakukan promosi penerbangan satu hala bagi penerbangan pergi balik.
Kalaulah anda jadi beliau, anda rasa anda akan teruskan perjalanan?
Sumber: CNN
Macam sedap je semua makanan Adamdidam masak.
5 Resepi Unik Oleh Adamdidam
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.