Untuk mengelakkan kadar peningkatan penyeludupan dan penjualan biawak komodo baka naga, kerajaan Indonesia telah mengambil langkah menutup Pulau Komodo untuk sementara waktu bermula Januari 2020.
BACA: Taman Nasional Komodo Akan Ditutup Selama Setahun
Pengumuman penutupan yang dijangka selama 12 bulan ini dibuat oleh jurucakap kerajaan wilayah Nuda Tenggara Timur, Marius Jelamud semasa bertemu dengan Kementerian Lingkungan Hidup dan Kehutanan.
Sehari sebelum mengambil keputusan tersebut, Polis Jawa Timur telah menahan individu yang bertanggungjawab menyeludup 41 ekor biawak komodo naga bersama lima ekor anak biawak komodo dan menjual mereka kepada pasaran gelap dengan harga 500 juta rupiah (+-RM143,709.97) seekor.
Penjenayah berhasrat untuk menjual dan menghantar haiwan tersebut ke negara Asia Tenggara melalui Singapura. Di satu lokasi lain, pihak berkuasa menahan lima individu yang cuba menyeludup di Jawa bersama dengan haiwan-haiwan terancam seperti burung kasawari, binturong dan burung kakak tua jambul kuning.
Biasanya, haiwan ini mendapat permintaan tinggi dari negara-negara Asia Tenggara seperti China dan Thailand kerana kepercayaan haiwan ini boleh dijadikan sebagai ubat dan antibiotik kepada badan.
Sumber: Next Shark
Ayam SeoulNami memang sedap gila.
SeoulNami Korean BBQ, The Gardens Mall – #CubaRasa MakanLena
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.