Selalunya kalau anda naik pesawat, anda pilih tempat duduk yang mana? Di kawasan tepi tingkap? Atau di tengah-tengah? Ataupun di kawasan lorong laluan?
Tahukah anda bahawa pemilihan tempat duduk dalam pesawat sebenarnya memperlihatkan karakter diri anda?
1. Tepi tingkap
Seperti kereta, kawasan tepi tingkap dalam pesawat turut menjadi rebutan penumpang semasa pemilihan tempat duduk. Bukan sahaja boleh melihat keadaan yang berlaku di luar pesawat, tetapi kawasan di tepi tingkap ini membolehkan anda bersandar pada dinding kapal terbang dan tidak terganggu dengan pergerakan manusia dalam pesawat.
Orang yang memilih kawasan di tepi tingkap ini kebiasaannya bersikap mementingkan diri, mudah marah, suka berada dalam kawalan (bossy) dan high demand sama ada kepada diri sendiri mahu pun orang lain.
2. Kawasan tengah
Kawasan tempat duduk tengah kalau diikutkan agak kurang selesa berbanding dengan kawasan di bahagian tepi. Ini kerana individu di bahagian tengah sering terasa seperti dihimpit dari kiri dan kanannya.
Jika anda sanggup duduk di tengah, anda memang seorang yang bertimbang rasa kerana kedudukan di kawasan tengah seringkali memerlukan kita memahami dan bertolak ansur dengan karenah mereka di bahagian tepi.
Individu yang memilih tempat duduk di bahagian tengah ini dianggap sebagai mereka yang aktif, bersosial, optimistik, tidak mempunyai masalah terlalu lama, bersikap terbuka dan boleh beradaptasi dengan keadaan untuk berubah.
3. Tepi laluan
Ada sesetengah individu tidak suka duduk di kawasan bersebelahan laluan kerana merasa terganggu dengan pergerakan penumpang mahupun kakitangan kabin. Tapi mereka yang gemar duduk di sebelah laluan kebanyakannya suka memerhatikan perlakuan dan perbuatan orang lain.
Individu ini sebenarnya seorang introvert, tidak banyak berkomunikasi dengan orang lain, tidak mengganggu orang lain dan gelisah. Mereka juga mempunyai keinginan yang kuat untuk mengawal dan boleh mengawal semua orang tetapi dalam keadaan tenang dan tidak mudah marah.

Haa. Jadi bagaimana? Ada yang kena dengan karakter anda? Namun, jangan terlampau percaya tentang ramalan ini, kerana ianya hanyalah untuk suka-suka sahaja. Tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang sudah mati.
Sumber: Alif Channel
Orang kata kambing dekat sini.
Nasi Arab @Al Rawsha
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.