Makanan Laut Bercengkerang Di Selat Melaka Tercemar

Sejak belakangan ini air semula jadi dicemari oleh bahan toksik daripada pelbagai sumber. Spesies hidupan laut kini semakin terancam bukan sahaja kerana kewujudan logam secara semula jadi di dalam laut tetapi juga hasil daripada aktiviti manusia.

Bagi pencinta makanan laut bercengkerang terutama di kawasan Pantai Barat Semenanjung mungkin perlu mengurangkan pengambilan makanan jenis itu berikutan risiko dijangkiti penyakit akibat keracunan logam berat.

Menerusi kajian yang dilakukan sepasukan penyelidik dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT), pencemaran logam berat seperti arsenik, kadmium, plumbum dan merkuri banyak dikesan di kawasan muara sungai dan pelabuhan di sepanjang Selat Melaka.

makanan laut tercemar
Sumber: ProjekMM

Antara kawasan yang dikesan berisiko menghadapi pencemaran logam berair itu sekitar pelabuhan di peraian Johor, Pelabuhan Klang dan muara sungai di Pulau Pinang. Apabila perairan itu dicemari logam-logam berat berkenaan, ia turut mencemari haiwan bercengkerang yang seterusnya dimakan oleh manusia.

Salah seorang penyelidik UMT berkata, tidak ramai yang menyedari kesan pencemaran logam berat daripada sumber makanan laut boleh menyebabkan pelbagai penyakit kepada manusia kerana ia melibatkan kesan jangka masa panjang.

“Kesan pencemeran logam berat terhadap manusai menngambil masa yang lama untuk dikesan sebab ia melalui proses biookomulasi yang mana kita makan sedikit daripada makanan itu yang dicemari arsenik atau merkuri (logam yang tidak diperlukan oleh badan) setiap hari dan akhirnya akan menyebabkan kita mendapat pelbagai penyakit.”

Jadi, perlulah kurangkan makan makanan laut bercengkerang ini.

Sumber: Sinar Harian

 

Ayam SeoulNami memang sedap gila.

SeoulNami Korean BBQ, The Gardens Mall – #CubaRasa MakanLena

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.