Siapa yang sudah menonton video muzik terbaru penyanyi Malaysia yang berpangkalan di Los Angeles, Yuna yang bertajuk Forevermore?
Lokasi penggambaran muzik video Yuna atau nama penuhnya Yunalis Mat Zara’ai pada kali ini memaparkan latar belakang pemandangan indah beberapa lokasi di Perlis dan Kuala Lumpur bersama elemen-elemen Malaysia. Antara tempat-tempat yang muncul ialah Kuala Perlis, Timah Tasoh dan Batu Caves.
Ramai netizen memuji penghasilan video muzik ini yang menonjolkan warna-warni Malaysia kepada orang luar menjadikan Malaysia sesuatu yang sangat istimewa.
Menurut Yuna dalam laporan Berita Harian, pada awalnya syarikat rakaman mahu merakamkan video muzik ini di Los Angeles, namun beliau menyarankan supaya ia dilakukan di Malaysia.
Sebelum pembikinan, Yuna sudah membayangkan visual menarik yang boleh mengembalikan semula nostalgia zaman persekolahan dan menggamit kerinduan terhadapnya, terutama ketika menetap di Perlis.
Video muzik ini menjadi pengalaman yang istimewa buat Yuna kerana diarahkan oleh suaminya sendiri, Adam Sinclair.
Ini antara lokasi Forevermore di Perlis yang menjadi perhatian netizen.
1. Empangan Timah Tasoh
https://www.instagram.com/p/Bv3oa3xgiWf/?utm_source=ig_web_copy_link
2. Sawah padi, Bukit Keteri
https://www.instagram.com/p/Bv3qB2oAQEV/?utm_source=ig_web_copy_link
3. Kampung Pengkalan Asam
https://www.instagram.com/p/Bv3wXKZgJBD/?utm_source=ig_web_copy_link
4. Stesen minyak, Taman Sri Embun

Antara lokasi lain yang dipaparkan dalam video muzik itu,
1. Batu Caves
2. Stadium Shah Alam
Sehingga ada yang memuji ini membuktikan Malaysia ada sebuah negara yang sangat istimewa.
Sehingga hari ini, Forevermore yang dikongsi di laman YouTube mulai 4 April lalu berjaya meraih lebih 860,000 tontonan dan berada pada kedudukan keenam video sohor kini di laman terbabit. Ayuh kita naikkan tontonan sehingga mencecah 1 juta!