Bagi menggalakkan pembangunan pelancongan domestik, kerajaan akan melaksanakan levi pelepasan bagi semua penumpang udara ke luar negara, iaitu RM20 ke negara ASEAN dan RM40 ke negara lain yang berkuatkuasa 1 Jun ini.
Perkara yang sudah dibentangkan dalam Belanjawan 2019 ini turut diguna pakai pada jemaah haji dan umrah. Namun untuk jemaah haji tahun ini dan jemaah haji dan umrah kali pertama, mereka akan dikecualikan daripada membayar levi pelepasan udara ini.
Selain itu Menteri Kewangan Malaysia, Lim Guan Eng mengumukan pengecualian levi pelepasan ini turut diguna pakai untuk penganut agama lain yang kali pertama mengerjakan ibadat mengikut agama masing-masing.

Menurut Pesekutuan Persatuan Pelancongan ASEAN (FATA), walaupun levi pelepasan udara ini dilaksanakan bagi membantu peningkatan aliran wang yang disalurkan ke dalam negara dan merangsang ekonomi negara, namun pelaksaannya pasti akan menyebabkan negara ASEAN lain mengambil langkah yang sama.
Tan Kok Liang selaku Presiden Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) berpendapat levi tersebut tidak sepatutnya dilaksanakan kerana para penumpang sudah pun membayar caj perkhidmatan penumpang penerbangan (PSC).
Sumber: Berita Harian Online
Tengok sikit gaya poyo ‘salt bae’ kita ini.
13 Gaya ‘Poyo’ Salt Bae Dalam 3 Minit
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.