Malaysia sudah cukup terkenal sebagai negara mesra Muslim dalam kalangan pelancong Muslim dari seluruh negara. Pelancong Muslim dari negara luar tidak perlu bimbang mengenai makanan halal apabila melancong ke sini.
Berdasarkan kedudukan indeks pelancongan Islam global oleh MasterCard-CrescentRating Global Muslim Travel Index (GMTI), Malaysia kekal menduduki tempat pertama untuk tahun kesembilan berturut-turut. Tetapi buat pertama kalinya, ia berkongsi kedudukan itu dengan negara tetangga kita, Indonesia.
Malaysia dan Indonesia berkongsi 78 markah dalam penilaian itu dengan disertai 130 destinasi di peringkat global.
Dalam kenyataan, MasterCard dan CrescentRating berkata Indonesia meningkat daripada tempat kedua ke tempat teratas menerusi usaha berterusan Kementerian Pelancongan negara itu untuk melabur dalam industri pelancongan dan penggembaraannya, dan membangunkan infrastruktur mesra pelancong Muslim.

Antara negara lain dalam kedudukan 10 teratas ialah Turki (75 markah), Arab Saudi (72), Emiriah Arab Bersatu (UAE) (71), Qatar (68), Maghribi (67), Bahrain (66), Oman (66) dan Brunei (65).
Tahun lepas, Malaysia mendapat 80.6 markah manakala Indonesia terikat dengan UAE dengan 72.8 markah.
Indeks penilaian itu selari dengan kekukuhan dan pertumbuhan destinasi pelancongan mesra Muslim dalam empat bidang strategik iaitu akses, komunikasi, persekitaran dan perkhidmatan.
Manakala negara seperti Singapura, Thailand, United Kingdom, Jepun dan Taiwan kekal sebagai destinasi pelancongan mesra Muslim perdana dalam kalangan destinasi bukan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada tahun ini.
Untuk kita yang ingin melancong ke luar negara dengan kemudahan selesa (mesra Muslim), boleh cuba pergi antara negara-negara berkenaan.
BACA: Ini Sebab Mengapa Hong Kong, Jepun dan Korea Menerima Ramai Pelancong Muslim
Sumber: Astro Awani
Sedap ke nasi lemak yang dah direvolusikan ini?
6 Menu Nasi Lemak Unik Di Malaysia
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.