Satu van makanan Rolling Rolls yang menghasilkan cabaran burger raksasa The Fat Boy Challenge membuktikan tiada siapa mampu menghabiskan burger tersebut.
Nak tahu kenapa?
Burger raksasa tersebut padat dengan isi daging; 24 ounce (+-0.68kg) daging, empat batang sosej, empat telur goreng besar, keju dan 12 cincin bawang (onion ring) yang diapit antara tiga keping roti besar!
Mana tidaknya, baru tiga hingga empat kali gigitan, pastinya sudah terasa kenyang. Dalam masa 20 minit, peserta dikehendaki untuk menghabiskan burger jika tidak mahu membayar sebanyak £15 (RM69.42).
Ada pelanggan yang mampu menghabiskan burger tersebut dalam masa 34 minit, namun pemilik van makanan berkenaan, Dan Preston tetap tegas dengan keputusan masanya selama 20 minit.
Idea dalam menghasilkan cabaran ini timbul apabila mereka berpindah dari Bridgend ke lokasi baru iaitu Cardiff hampir empat minggu lalu.
“Sebelum ini kami hasilkan sarapan dalam roti dan ianya berjaya. Setelah berpindah ke lokasi baru, idea ini timbul sebagai cara untuk mempromosi dan memajukan perniagaan kami.”
Amacam? Ada yang berani cuba?
Sumber: Mirror UK
Kalau daging Chef Burak ada yang berani challenge makan seorang?
7 Masakan Unik Berasaskan Daging Chef Burak
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.