Berapa Lama Tempoh Terbaik Simpan Ayam Dalam Peti Ais?

Ramai orang beranggapan dan percaya bahawa simpan makanan di dalam peti ais boleh memanjangkan tempoh kualiti makanan itu. Banyak petua yang diberikan untuk menyimpan bahan-bahan mentah seperti ayam, daging dan ikan sehingga boleh kekal segar selama lebih sebulan.

Berdasarkan garis panduan daripada Foodsafety.gov iaitu sebuah agensi kerajaan Amerika Syarikat yang menyebarkan maklumat berkaitan makanan mengatakan bahan mentah seperti ayam ada tempoh tertentu walaupun disimpan dalam peti ais.

Berapa lama tempoh menyimpan ayam dalam peti ais?

Salah seorang cef yang berpangkalan di New York berkata, ayam boleh disimpan dalam peti ais sehingga satu tahun. Manakala, potongan ayam biasanya boleh bertahan sehingga sembilan bulan. Maka, untuk ayam yang telah dipotong secara automatik ia mengurangkan tempoh penyimpanan yang sepatutnya dalam peti ais.

Cara terbaik menyimpan ayam bagi mengelakkan ayam terlalu beku ialah simpan dalam pembungkus kedap udara. Jika tidak ada pembungkus kedap udara, anda boleh simpan dalam pembungkus biasa tetapi perlu keluarkan udara secara manual sebelum menutupnya.

berapa lama simpan ayam
Sumber: Navigating Domesticity

Kenapa pentingnya simpan ayam dalam pembungkus kedap udara? Makanan yang terdedah dengan suhu sejuk sehingga beku ini akan mengurangkan rasa enak apabila dimasak walaupun selamat dimakan.

Satu lagi perkara, jika sering lupa, catit tarikh anda menyimpan ayam untuk mengetahui berapa lama ia sudah berada dalam peti ais. Memang ayam tahan lama tetapi menjadi kurang enak apabila ia disimpan terlalu lama.

Sumber: Eat This, Not That!