Netflix merupakan antara perkhidmatan penstriman siri TV dan filem terkenal yang boleh diakses di 190 negara termasuk Malaysia.
Satu siri baharu iaitu siri dokumentasi makanan bakal ditayangkan dalam Netflix iaitu Street Food yang memberi tumpuan makanan jalanan di beberapa negara Asia. Dalam trailer yang baru ditayangkan itu, para peniaga menunjukkan bagaimana mereka menyediakan makanan yang pasti menarik perhatian penonton.

Siri ini akan membawa anda mengenali lebih dekat mengenai makanan jalanan setiap negara Asia diselangi dengan kisah hidup para peniaga ini sambil mempamerkan sajian eksklusif mereka.
Street Food; Asia memfokuskan beberapa negara Asia iaitu Thailand, India, Taiwan, Jepun, Singapura, Indonesia, Filipina dan Vietnam. Untuk siri musim pertama ini akan distrim di Netflix pada 26 April.
Apa yang mengecewakan ialah Malaysia tidak tersenarai dalam siri ini. Amat janggal negara tetangga kita seperti Indonesia, Thailand, Filipina dan Singapura ada dalam siri itu tetapi tiada negara kita.
Beberapa pengguna Twitter dari Malaysia membalas kicauan Netflix menyoal mengapa Malaysia terkecuali dalam siri dokumentasi jelajah makanan jalanan itu.
As expected, they chose Singapore instead of Malaysia. I give up
(ノಠ益ಠ)ノ彡┻━┻
Other countries chosen:
India
Indonesia
Japan
Korea
Philippines
Taiwan
Thailand
Vietnam https://t.co/Evcn5Fw2At— Zurairi A.R. (@zurairi) April 11, 2019
https://twitter.com/azfrrr/status/1116147394352074752
where is malaysia? do you want me to unsubscribe netflix??
— shapik (@shafiq_amin96) April 11, 2019
Berdasarkan sumber Eater, Street Food: Asia akan mempamerkan beberapa hidangan tradisi daripada kedai makanan jalanan terkenal mengikut negara seperti yang tertera:

Agak sedikit kecewa kerana kita sudah menganggap Malaysia kaya dengan pelbagai makanan berikutan memiliki kepelbagaian budaya, namun mungkin kita tidak cukup menyerlah di mata dunia.
Mungkin musim pertama ini sahaja tiada negara kita. Mana tahu musim seterusnya baru ditonjolkan?