Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) merupakan pengangkutan awam penumpang dan kargo sepanjang 688 kilometer yang dilancarkan pada 9 Ogos 2017 dijadualkan siap pada 2024 pada awalnya dianggarkan kos pembinaan sebanyak RM55 bilion.
Pada awalnya, projek ini diluluskan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri najib Razak pada Oktober 2016 dengan kos RM81 bilion. Melihat kepada kosnya yang terlalu tinggi, Tun Dr Mahathir telah berhasrat untuk membatalkan projek tersebut.
Setelah pengkajian semula, projek tersebut diteruskan, namun dengan skala yang lebih kecil serta pengurangan kos kepada RM35 bilion. Untuk merealisasikan rundingan kerjasama tersebut, Tun Dr Mahathir dijangka akan melawat China pada akhir bulan Mei bagi membincangkan mengenai terma perjanjian yang masih berjalan antara negara China dan Malaysia.
Namun, ada yang beranggapan bahawa RM35 bilion yang dilaburkan kerajaan untuk projek ECRL ini seakan menuju ke ‘neraka‘.
Tun Dr Mahathir sendiri pernah mengatakan bahawa kerajaan tidak mendapat apa-apa pulangan daripada projek tersebut biarpun bilangan rakyat yang menggunakannya adalah ramai. Pendapatan daripada projek ECRL hanya akan digunakan untuk membayar cukai kepada China.
Tun Dr Mahathir turut menafikan bahawa dia adalah pemimpin pro-Jepun dan anti-China sebaliknya memberitahu Malaysia sentiasa berhubung dengan China dan sebagai rakan dagang Malaysia, China perlu memahami krisis ekonomi yang sedang Malaysia hadapi.
Jika dilihat dari sudut sektor pembinaan, sekiranya rundingan terma perjanjian berjaya dikurangkan kepada RM35 bilion, kontraktor tempatan dijangka akan mendapat kontrak sebanyak RM10.5 bilion berdasarkan kepada peruntukan sebanyak 30% seperti yang pernah diumumkan dahulu.
Laluan ECRL dirangka akan bermula di Teminal Pengangkutan Bersepadu (ITT) Gombak dan berakhir di Wakaf Bharu, Kelantan dengan 23 stesen perhentian di antaranya melibatkan empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor.
Sumber: Paultan
Kalau dah jijik kenapalah ada orang sanggup makan?
Muzium Makanan Jijik Yang Pasti Buatkan Anda Muntah
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.