Ini berita sedih untuk penumpang domestik termurah MAS Airlines.
BACA: Malaysia Airlines Dinobat Sebagai Syarikat Penerbangan Terbaik Asia
Bermula 8 April, tambang terendah untuk kelas Ekonomi Lite MAS Airlines tidak akan disertakan dengan bagasi daftar masuk bagi penerbangan domestik.
Keputusan ini dibuat berikutan daripada pengumuman oleh kerajaan Malaysia yang masih menimbang tara kemungkinan MAS Airlines sama ada bakal ditutup, dijual atau dibiayai semula pada masa akan datang.
BACA: Malaysia Airlines Diminta Henti Operasi Atau Jual Syarikat
Walaupun tiada lagi elaun untuk kelas Ekonomi Lite, namun para penumpang masih lagi dibenarkan membawa bagasi 7kg bagasi ke dalam pesawat.
Untuk elaun kelas Ekonomi Asas dan Flexi Ekonomi, penumpang dibenarkan daftar masuk bagasi masing-masing seberat 20kg ke 25kg. Jika anda ahli Enrich, anda boleh dapatkan elaun tambahan sebanyak 5kg (Perak), 10kg (Emas) dan 15kg (Platinum).
Bagi elaun antarabangsa pula, penerbangan tambang murah Promo Ekonomi disediakan dengan 20kg elaun bagasi percuma, Asas Ekonomi sebanyak 25kg, Ekonomi Pintar 30kg dan Ekonomi Flexi sebanyak 35kg.
Kadar pembaharuan elaun bagasi ini dirombak supaya ianya serba sedikit dapat membantu ekonomi syarikat MAS Airlines yang tidak mampu untuk mendapatkan keuntungan sejak diswastakan sejak 2014.
Sumber: The Edge Markets
SeoulNami memang betul-betul rasa makanan Seoul!
SeoulNami Korean BBQ, The Gardens Mall – #CubaRasa MakanLena
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.