Kerana Sehelai Tisu, McDonald’s Bakal Disaman RM6.2 Juta

Gara-gara sehelai tisu, restoran makanan segera terkenal dunia, McDonald’s bakal disaman seorang pelanggan, Webester Lucas sebanyak €1juta (RM6.2 juta) yang mendakwa dianiaya pekerja syarikat berkenaan.

Lucas memberitahu, beliau memesan makanan di McDonald’s di Pacoima, California pada 29 Januari dan hanya diberikan sehelai tisu. Apabila belaiu meminta tisu lebih di kaunter, permintaanya ditolak dengan biadap oleh pengurus besar cawangan.

“Saya datang ke sini untuk makan. Bukannya bergaduh hanya kerana sehelai tisu.”

Pengurus besar tersebut bersikap rasis dengan menggumam sesuatu seperti, “orang-orang anda” kepada Lucas yang berdarah Afrika-Amerika.

Gara-gara insiden tersebut, Lucas mengalami gangguan emosi dan menyebabkan beliau tidak boleh untuk bekerja. Walaupun ditawarkan burger secara percuma oleh bahagian khidmat pelanggan, Lucas tetap menolak.

mcdonalds

Ini bukanlah kali pertama McDonald’s terlibat dalam tuntutan mahkamah. McDonald’s pernah disaman kerana secawan kopi dengan nilai €2 juta (RM12.5 juta) pada tahun 1994 oleh Stella Liebeck, 79 tahun.

Liebeck yang tertumpahkan air kopi pada badannya menderita lecuran tahap ketiga dan dimasukkan ke hospital. Wakil peguam beliau mendakwa melecur yang diderita olehnya adalah akibat daripada suhu kopi yang terlalu panas.

Nasiblah kita di Malaysia masih aman. Tiada sangat isu saman gara-gara hal remeh macam ini.

Sumber: Daily Edge

SeoulNami memang betul-betul rasa makanan Seoul!

SeoulNami Korean BBQ, The Gardens Mall – #CubaRasa MakanLena

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.