Pemilik Penginapan Pantai Bidas Perangai ‘Influencer’ Minta Servis Percuma

Zaman serba digital ini, ramai yang memandang tinggi kepada influencer media sosial. Ini kerana mereka ini kebanyakannya dijadikan sebagai idola dan ikutan terutamanya dalam kalangan generasi muda.

Disebabkan pengaruh mereka ini, ramai antara influencer yang cuba mengambil kesempatan untuk mendapatkan perkhidmatan atau barang-barang percuma terutama daripada kalangan penjual, pengusaha penginapan, pengusaha kedai makan dan sebagainya.

Lihat sahajalah kadar paid review yang mereka kenakan. Ada yang sampai beribu-ribu untuk satu hantaran!

Disebabkan pengaruh mereka, tidak ramai pengusaha yang berani menolak apabila ‘diminta’ servis percuma oleh para influencer ini.

Bidas Influencer Minta Percuma

Tetapi berbeza dengan pemilik kelab pantai di Siargao yang sudak muak dengan perangai influencer yang semuanya hendak diberikan secara percuma. Beliau akhirnya memuat naik satu hantaran, khas ditujukan kepada mereka yang menggelarkan diri mereka sebagai influencer .

https://www.facebook.com/whitebananabeach/posts/2276144212608985?__tn__=-R

“Tolonglah mereka di luar sana.

Kami menerima banyak pesanan mengenai kolaborasi bersama dengan influencer, Instagram influencer.

Kami secara baik ingin mengumumkan bahawa White Banana tidak berminat untuk ‘berkolaborasi’ dengan mereka yang menggelarkan diri sebagai influencer.

Dan kami saranan kami kepada anda ialah sila cuba cara lain untuk makan, minum atau tidur secara percuma.

Atau cuba untuk ‘bekerja’ dengan sebenar.”

Antara mesej yang selalu mereka terima ialah:

“Hai, kami influencer, kami sukakan tempat anda, kami bercadang untuk menginap dalam beberapa hari. Anda sediakan makanan dan minuman dan kami akan drafkan hantaran di Instagram dan tag anda di Instagram story kami.”

Beliau memberitahu sikap influencer yang suka meminta secara percuma dianggap sebagai satu penghinaan. Walau bagaimanapun, tidak semua influencer yang bersikap sebegitu.

https://www.facebook.com/whitebananabeach/posts/2276834692539937

Beliau memberitahu hantarannya adalah untuk mereka yang suka mengaku sebagai influencer dan menuntut perkhidmatan diberikan secara percuma.

Sumber: Hitz

Sedapnya!

Nasi Arab @Al Rawsha

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.