Polisi Restoran Korea Di India Rasis, Halang Pelanggan Tempatan Masuki Premis

Tahun lepas, syarikat KIA Motors telah membuka satu cawangan baru di kampung Penukonda di Anantapur, India. Sejak daripada itu, beberapa restoran Korea dan rumah tumpangan dibina di kawasan tersebut.

Namun yang menimbulkan rasa tidak puas hati ialah polisi restoran dan rumah tumpangan itu yang tidak membenarkan pelanggan daripada orang tempatan iaitu orang India masuk ke dalam kawasan tersebut.

Restoran Korea Halang Orang India

Laporan daripada penduduk, sebanyak 15 restoran dan 20 rumah tumpangan milik orang Korea tidak membenarkan penduduk India untuk makan dan tinggal di sana. Malah pemilik bangunan sendiri pun dinafikan haknya untuk masuk ke dalam kawasan tersebut.

Restoran Korea Halang Orang India

Kampung Penukonda turut mengalami peningkatan perubahan papan tanda ditulis dalam bahasa Korea sehinggakan penduduk tempatan merasakan ada sempadan yang tidak membenarkan kemasukan mereka.

Restoran Korea Halang Orang India

Penduduk tempatan percaya jika ada kelas bahasa Korea dianjurkan oleh rakyat Korea di sana, ianya pasti mendatangkan faedah kepada mereka namun sehingga kini tiada apa pun yang berlaku.

Jika anda fikir isu ini akan mendapat perhatian, tekaan anda salah. Masih lagi tidak dibincangkan secara menyeluruh, isu ini ‘ditolak’ kerana pemilik rumah tumpangan dan restoran menerima kadar sewaan yang lebih tinggi.

Restoran Korea Halang Orang India

Pemilik restoran dan rumah tumpangan bersedia untuk membayar sewa tiga kali ganda daripada kadar biasa menyebabkan isu ini didiamkan. Pernah ada cubaan untuk jurnalis tempatan memasuki restoran tersebut, namun seperti biasa kemasukan mereka dihalang.

Restoran Korea Halang Orang India

Setelah dilaporkan kepada pihak yang berkenaan, restoran berkenaan ditutup. Situasi perkauman ini masih lagi berlaku. Yang peliknya, jika orang India datang ke restoran terbabit bersama orang Korea yang bekerja di KIA, mereka dibenarkan untuk masuk. Namun tidak pada penduduk tempatan.

Penduduk tempatan berharap, semoga dengan perhatian yang diberikan oleh media massa terhadap isu ini, polisi restoran dan rumah tumpangan yang hanya menerima individu Korea akan turut berubah.

Isu perkauman dan warna kulit ini bukanlah satu isu yang baru dalam dunia sekarang. Orang Korea yang menetap di kawasan perkampungan Penukonda seakan kaduk naik junjung pula. Jangan pula jadi seperti Israel; mula-mula menumpang lama-lama memerintah dan mengaku itu negara mereka.

Sumber: Koreaboo

Datang Jepun buat apa je?

7 Tempat Wajib Singgah Oleh Peminat Anime Di Jepun

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.