Sebelum ini, semua pelancong asing dikehendaki memiliki pasport yang dicop dengan tarikh berlepas oleh pegawai imigresen. Mulai 22 April 2019, pasport pelancong asing tidak lagi perlu dicop apabila keluar dari Singapura.
Pihak berkuasa Imigresen (ICA) mengumumkan mereka tidak akan lagi mengeluarkan pengesahan imigresen perlepasan (cop tarikh berlepas dalam dokumen) kepada pelancong asing sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk menyelaraskan prosedur di pusat pemeriksaan bagi mendapatkan kelulusan imigresen berlepas dengan lebih cekap.
Sejak 2016, pelancong asing yang mempunyai cap jari berdaftar melalui sistem BioScreen sebaik tiba di Singapura boleh menggunakan lorong automatik apabila mereka meninggalkan negara itu. Sistem cap jari BioScreen membolehkan ICA mengesahkan identiti pelancong tanpa menyemak pasport mereka.

Oktober lepas, ICA melakukan ujian kad ketibaan eletronik untuk menggantikan kad ketibaan dalam bentuk kertas kepada pelancong asing yang melawat Kota Singa itu.
Pelancong asing perlu mengemukakan maklumat perjalanan mereka untuk kad elektronik terlebih dahulu melalui laman web ICA atau aplikasi mudah alih.
Jadi, proses imigresen bagi pelancong asing yang meninggalkan Singapura akan menjadi lebih pantas selepas ini.
Sumber: CNA
Rindu makanan Korea, tak payah pergi jauh-jauh. Sini pun ada!
SeoulNami Korean BBQ, The Gardens Mall – #CubaRasa MakanLena
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.