Salah Laluan Punca Lelaki Nekad Terjun Dari Kereta Api Laju Ke Trek Landasan

Semua orang pernah melalui momen berlari dan menyelit ke dalam kereta api sebelum pintu ditutup. Ada juga yang berlari dan berjaya menyelit namun tetap gagal kerana setelah pintu tertutup, barulah tersedar bahawa laluan kereta api yang dinaiki adalah salah.

Kebiasaannya apabila ini yang berlaku, pastinya anda akan tunggu dan turun di stesen seterusnya, kan?

Namun bukan lelaki Jepun ini. Apabila tersedar bahawa beliau rupanya telah tersalah laluan, beliau nekad untuk terjun dari kereta api laju yang sedang bergerak.

Beliau yang berusia 54 tahun berlepas dari Stesen Shin-Osaka untuk menuju ke Stesen Hakata di Kyushu dan selepas melalui wilayah Hyogo, barulah beliau tersedar laluannya adalah salah.

Terjun Dari Kereta Api Laju

Beliau bertindak membuka pintu kecemasan di kawasan tempat duduk kelas pertama (Green Car) yang menyebabkan kereta api berhenti secara mengejut dan terjun ke landasan dengan harapan mahu kembali ke stesen dengan berjalan kaki di trek.

Walaupun mengalami kecederaan patah kaki, lelaki tersebut bernasib baik kerana kereta api hanya bergerak secara perlahan selepas berhenti mengejut. Pihak berkuasa telah menahan dan membawa beliau kembali ke kereta api sebelum menahannya.

Kereta api tersebut terpaksa berhenti selama 45 minit untuk tujuan keselamatan; bekalan elektrik terpaksa dipadam dan menghentikan kereta api dari kedua-dua laluan telah memberi kesan kepada kira-kira 14,000 orang.

Sumber: Japan Today

Daging kambing kat sini tender gila.

Nasi Arab @Al Rawsha

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.