5 Tip Masak Daging Biasa Nampak Mahal

Dalam kebanyakan masakan, memasak daging adalah paling rumit. Perlu pentingkan faktor rasa dan tidak berbau dan isinya yang empuk. Jika mahu isi daging yang empuk dan berlemak, biasa orang akan memilih daging batang pinang atau daging wagyu tetapi harganya sangat mahal.

Jangan risau, anda boleh menikmati daging biasa dengan mengubahnya seperti memakan daging mahal.

1. Potong berlawanan dengan urat

Potong daging berlawanan dengan urat daging. Jika mahu masak stik dengan daging biasa, disyorkan masak sehingga medium rare dan potong kepada kepingan kecil dengan cara ini. Ia menjadikan setiap gigitan sedikit kecil tetapi lebih lazat untuk menikmatinya.

tip daging biasa nampak mahal
Sumber: Food Fire Friends

2. Rendam dalam air garam

Rendamkan daigng dalam air garam untuk lembutkann daging. Ini disebabkan larutan garam akan memecahkan protein dalam daging dan menjadikkan daging lebih mudah untuk dikunyah. Gunakan satu cawan garam setiap empat liter air dan biarkan daging dalam air garam kira-kira satu jam.

3. Tabur gula

Gunakan gula untuk mendapatkan rasa seperti restoran yang menghidangkan daging berkualiti dengan harga yang mahal. Caranya, campurkan gula perang dengan bahan perapan lain seperti paprika, serbuk bwang putih, garam dan lain-lain.

Kemudian sapu di seluruh bahagian daging sebelum memasak. Cara ini akan menyimpan sebahagian jus dalam daging dengan memberi sedikit kerak karamel pada daging anda.

4. Perap daging

Semakin lama anda perap daging, rasa pada perapan daging itu semakin kuat. Sekurang-kurangnya untuk mendapat perapan yang sempurna, memerlukan enam jam sebelum memasak. Pilih salah satu bahan berasid seperti cuka atau jus lemon yang mana ia akan melembutkan bahagian daging yang keras.

Boleh juga anda perap daging dengan bahan tenusu seperti yogurt, mentega atau krim. Bakteria dan kalsium dalam produk tenusu akan mengaktifkan enzim dalam daging yang mana ia akan melembutkan daging.

tip daging biasa nampak mahal
Sumber: Simply Scratch

5. Rendam dalam baking soda

Juga boleh menggunakan baking soda untuk melembutkan daging dengan cepat. Caranya, rendam daging dalam larutan baking soda (1 sudu teh baking soda dan 1/2 cawan air). Kemudian, bilas bersih-bersih sebelum dimasak.

Cubalah antara petua ini apabila memasak daging nanti. Jika antara tip ini menjadi, kongsikan keberkesannyan kepada rakan-rakan anda.

Semoga bermanfaat!

Reader’s Digest