Jiran Lapor Polis, Bau Belacan Disangka Mayat

Jika ada kejadian yang mencurigakan di sekeliling anda, perkara yang perlu dilakukan ialah melaporkannya kepada pihak polis dengan segera.

Lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan bau busuk yang tidak dapat dikenal pasti seperti yang berlaku kepada penduduk pangsapuri di Perancis. Namun, sebenarnya bau yang agak pelik bagi mereka itu ialah bau belacan yang dipanggang oleh salah seorang warga Malaysia yang duduk di sana.

Baru-baru ini tular dalam media sosial berkenaan seorang pengguna Twitter yang berkongsikan kisah bagaimana rakan isterinya yang disiasat polis Perancis kerana membakar belacan.

belacan bau mayat
Sumber: Dari Dapur

“Pengalaman kawan isteri aku yang tinggal dekat Perancis, dia teruja dapat belacan, lepas tu bakar belacan dekat pangsapuri sebab nak buat sambal belacan.”

“Sekali polis ketuk pintu nak siasat sebab ada terima laporan dari kejiranan ada bau mayat.”

https://twitter.com/thezulfo/status/1116193886840299520

Ciapannya itu mendapat twit semula sebanyak 21,000 kali dan 11,000 kesukaan. Kebanyakan pengguna Twitter terhibur dengan insiden berkenaan apabila bau belacan disamakan dengan bau mayat.

Jelasnya, laporan polis oleh jiran-jirannya itu adalah kerana bau busuk yang pelik dan tidak pernah mereka hidu selama ini.

“Jadi mereka lapor dekat polis sebagai bau busuk, boleh jadi mayat yang lama ditinggalkan, lebih kurang macam itu lah,” katanya lagi.

Pada kicauan seterusnya, dia menyatakan jika masak rebung di Perancis mungkin agak normal memandangkan bau rebung yang dikatakan seperti bau hancing itu normal di sana.

https://twitter.com/thezulfo/status/1116879168732401664

Orang barat ini ada-ada sahaja kalau bab makanan dari Asia.

 

Datang Jepun buat apa je?

7 Tempat Wajib Singgah Oleh Peminat Anime Di Jepun

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.