Maya Bay, Thailand Kekal Tutup Hingga Empat Ke Lima Tahun

Sebelum ini, Maya Bay telah ditutup kepada orang ramai sejak tahun lepas untuk membolehkan pemuliharaan terumbu karang di pulau itu dan kehidupan laut, namun akan kekal ditutup untuk beberapa tahun lagi menurut Pengerusi Taman Negara Hat Noppharat Tara-Mu Ko Phi Phi.

“Maya Bay mesti terus ditutup sehingga alam semula jadi di sini telah pulih sepenuhnya. Kami menjangkakan ia akan mengambil masa empat hingga lima tahun.”

Maya Bay terletak di pulau Phi Phi iaitu antara Krabi dan Phuket. Pulau ini mula menjadi terkenal selepas ramai yang terpesona dengan keindahan pantai pulau Phi Phi apabila ianya dipilih menjadi lokasi rakaman filem ikonik The Beach, lakonan Leonardo DiCaprio.

Maya Bay tutup
Sumber: The Thaiger

Pada musim puncak, Maya Bay dilaporkan menerima 5,000 pengunjung setiap hari. Memandangkan ekologi di sekitar kawasan itu dalam keadaan kritikal, pihak berkuasa telah menutup Maya Bay kepada pelancong pada Jun lepas; pada mulanya selama enam bulan kemudian dilanjutkan lagi penutupan.

Sejak Maya Bay ditutup setahun lalu, hidupan laut seperti ikan jerung dan ghost crab kembal hidup di sekitar pantai itu. Dilaporkan, 23,000 terumbu karang telah ditanam oleh pegawai marin sejak penutupannya.

Sumber: The Star

 

SeoulNami memang betul-betul rasa makanan Seoul!

SeoulNami Korean BBQ, The Gardens Mall – #CubaRasa MakanLena

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.