Selepas PERMATA, Kini Giliran KLIA Bakal Dijenamakan Semula?

Baru-baru ini tular di laman Twitter berkenaan surat persetujuan pertukaran nama Kuala Lumpur International Airport (KLIA) kepada Sepang International Airport (SIA) yang telah dipersetujui dan disahkan oleh Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (Exco) Selangor.

Dokumen perjanjian tersebut bukan sesuatu yang baharu (berlaku dalam masa terdekat), tetapi penularannnya telah menyebabkan ramai pihak tidak berpuas hati dengan kerajaan baharu.

KLIA Dijenamakan Semula

Ini kerana sudah banyak penjenamaan yang dibuat mereka antaranya baru diumumkan minggu ini ialah Program Permata Negara (PERMATA) kepada Genius.

Walaupun belum ada keputusan muktamad berhubung dengan penjenamaan semula KLIA kepada SIA, namun Exco Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han berkata rasional penukarannya selepas 20 tahun adalah kerana kedudukannya di Sepang, Selangor.

“Lapangan terbang antarabangsa yang terkenal selalunya menggunakan lokaliti sebagai namanya, contohnya di Narita/ Haneda (Tokyo), Incheon (Seoul), Suvarnabhuni (Bangkok), Baiyun (Guangzhou), Pudong (Shanghai) dan Schipol (Amsterdam).”

Ng turut mendedahkan bahawa surat yang tersebar di Twitter tersebut merupakan minit mesyuarat exco kerajaan negeri Selangor. Manakala Menteri pengangkutan, Anthony Loke berkata pihak mereka masih belum menerima sebarang permohonan rasmi daripada kerajaan negeri Selangor.

KLIA Dijenamakan Semula

Pemilihan nama bagi sesebuah lapangan terbang bukannya dilakukan secara semberono sahaja. Sebaliknya lantikan firma perunding dilakukan bagi melihat nama tersebut dari segalan aspek yang boleh mencerminkan negara; pemasaran dan objektif.

Sumber: MalaysiaKini, Utusan Online

Jangan swafoto di sini, nanti bakal dikenakan hukuman mati.

5 Pulau Pilihan Utama Pelancong Ke Phuket

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.