Rasa membazir sangat bila nasi yang dimasak waktu pagi, tapi petang dah basi. Kalau beli nasi di kedai, tahan sampai ke malam dan masih boleh dimakan lagi. Hairan sungguh!
Jom amalkan cara yang kami ingin kongsikan kepada anda. Pasti nasi tahan sampai ke malam. Kalau di simpan dalam peti sejuk, keesokkannya pun masih boleh diguna buat nasi goreng.
1. Basuh Beras Hingga Bersih

Cuci beras hingga bersih sebanyak 3 kali bilas. Pastikan setiap air bilasan dibuang betul-betul sebelum mencuci seterusnya.
2. Periuk Nasi Bersih Dari Sisa

Salah satu yang menjadi penyebab nasi cepat basi kerana periuk nasi masih berbaki kotoran sisa-sisa nasi yang sebelumnya. Sebaiknya, pastikan periuk nasi dibasuh hingga bersih tanpa sisa-sisa kotoran.
3. Biarkan Wap Nasi Keluar

Buka sedikit penutup periuk nasi ketika sedang memasak nasi. Apabila nasi dah masak, jangan terus ditutup suis periuk. Sebaliknya, kacau rata nasi yang telah siap dimasak dan biarkan dahulu. Diingatkan, ketika ingin mengangkat penutup periuk nasi, pastikan wap air tidak jatuh ke atas nasi dah masak.
Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.
Jika anda mempunyai cara lain untuk diamalkan supaya nasi tahan lama, boleh kongsikan bersama kami. “Sharing is caring.”